SOALAN LAZIM
Soalan Lazim Bursa Malaysia-i
- Apakah perbezaan utama antara aktiviti dagangan sedia ada dengan PO Islam dan aktiviti dagangan dengan PO Islam selepas pelancaran Bursa Malaysia-i?
Instrumen:
Instrumen pelaburan yang disenaraikan di Pasaran Utama dan ACE Bursa Malaysia Securities Berhad adalah berlandaskan Syariah.Dagangan:
Aliran dagangan PO Islam dan PO konvensional adalah berbeza.Depositori:
Sekuriti berlandaskan Syariah dalam akaun CDS setiap pelabur kini ditanda dengan kod “SP” yang bermaksud “Sekuriti Patuh Syariah”.Penjelasan:
Penjelasan pasca dagangan yang dijalankan melalui PO Islam akan dilakukan dan dijamin oleh Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd adalah patuh Syariah.Penyelesaian:
Penyelesaian dagangan antara PO Islam dan Bursa Malaysia adalah melalui Institusi Kewangan Islam. - Siapakah yang mempunyai akses kepada Bursa Malaysia-i?
Semua jenis pelabur: runcit, institusi, pengurus dana, pengurus dana amanah saham (domestik dan antarabangsa).
- Bagaimana saya boleh mula untuk melabur di Bursa Malaysia-i?
Hubungi mana-mana PO Islam untuk membuka akaun CDS dan akaun dagangan patuh Syariah.
Daftar dan aktifkan akaun Bursa Malaysia-i dan PO Islam akan membimbing anda untuk melaksanakan activiti pelaburan melalui Bursa Malaysia-i.
Melabur melalui Bursa Malaysia-i dengan akaun CDS dan akaun dagangan patuh Syariah anda. - Jika seorang pelabur telah mempunyai satu akaun dagangan sedia ada dengan sebuah PO Islam, adakah beliau perlu membuka satu akaun dagangan baru untuk berdagang di Bursa Malaysia-i?
Setiap pelabur yang telah mempunyai satu akaun dagangan dengan PO Islam tidak perlu membuka akaun dagangan yang baharu. Akaun dagangan sedia ada dengan PO Islam sudah mencukupi untuk berdagang di Bursa Malaysia-i.
- Bolehkah seorang pelabur/pelanggan sesuatu PO dengan satu tingkap Islam menggunakan satu akaun dagangan konvensional untuk berdagang di Bursa Malaysia-i?
Seorang pelabur yang ingin berdagang di Bursa Malaysia-i mesti membuka satu akaun dagangan patuh Syariah. Akaun dagangan patuh Syariah akan menghuraikan terma dan syarat menurut prinsip-prinsip Syariah untuk aktiviti-aktiviti dagangan di Bursa Malaysia-i. Sila ajukan pertanyaan kepada PO Islam anda.
- Bolehkah saya masih melabur dalam sekuriti patuh Syariah walaupun broker saya bukan seorang PO Islam?
Ya. Tidak ada sebarang halangan untuk melabur dalam sekuriti patuh Syariah melalui lain-lain PO konvensional.
- Bolehkah saya membeli sekuriti bukan patuh Syariah melalui Bursa Malaysia-i?
Pembelian sekuriti bukan patuh Syariah adalah dilarang di Bursa Malaysia-i. Aktiviti pembelian oleh PO Islam di Bursa Malaysia-i adalah terhad kepada sekuriti patuh Syariah sahaja.
- Jika sekuriti patuh Syariah yang saya pegang telah diklasifikasikan semula sebagai bukan patuh Syariah berikutan semakan semula status Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (“SAC”) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”), adakah saya perlu melupuskan sekuriti itu dengan serta-merta?
Berikutan reklasifikasi sekuriti selepas semakan semula status Syariah oleh SAC SC, para pelabur adalah bertanggungjawab untuk menyemak dan menentukan samada harga pasaran sekuriti berkenaan yang terlibat itu melebihi, adalah bersamaan atau kurang daripada kos pelaburan.
Sila rujuk kepada Amalan Terbaik untuk Pelaburan Syariah untuk garis panduan lengkap.
Rujukan:Bursa Malaysia-i
- Sebagai seorang pelabur Syariah, di mana saya boleh menyalurkan pendapatan yang dianggap sebagai pendapatan tercemar?
Para pelabur Syariah harus memikul tanggungjawab untuk mengenalpasti pendapatan tercemar dan adalah digalakkan untuk menyalurkan pendapatan tercemar itu kepada Baitulmal dan/ atau sebarang badan amal yang diluluskan.
Sila rujuk kepada Amalan Terbaik Pelaburan Patuh Syariah untuk garis panduan lengkap.
Rujukan:Bursa Malaysia-i
- Adakah pelabur Muslim perlu melakukan pengagihan zakat untuk sebarang keuntungan yang diterima dari aktiviti dagangan patuh Syariah?
Para pelabur Muslim adalah diwajibkan untuk melakukan pengagihan zakat hasil daripada sebarang keuntungan yang diperolehi dari aktiviti dagangan patuh Syariah kepada pusat pungutan zakat yang dibenarkan atau ditetapkan.
Sila rujuk kepada Amalan Terbaik Pelaburan Patuh Syariah untuk garis panduan lengkap.
Rujukan: Bursa Malaysia-i