Soalan Lazim
Soalan Lazim mengenai Bukan Pemastautin
- Adakah terdapat sebarang sekatan bagi bukan pemastautin untuk melabur di Malaysia dan kemudian memindahkan apa-apa keuntungan dan perolehan pemberhentian pelaburan ke luar negara?
Bukan pemastautin bebas untuk melabur dalam apa-apa bentuk aset ringgit di Malaysia. Mereka juga bebas untuk menghantar balik perolehan daripada pemberhentian pelaburan, keuntungan, dividen atau apa-apa pendapatan hasil daripada pelaburan-pelaburan di Malaysia.
“aset ringgit” bermaksud -
- sekuriti atau sekuriti Islam dalam denominasi ringgit yang dikeluarkan di Malaysia oleh pemastautin;
- sekuriti atau sekuriti Islam dalam denominasi ringgit yang dikeluarkan oleh bukan pemastautin seperti yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;
- instrumen kewangan atau instrumen kewangan Islam dalam denominasi ringgit yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;
- deposit ringgit dengan institusi kewangan di Malaysia; atau
- harta di Malaysia.
- Bolehkah seorang bukan pemastautin melindung nilai pendedahan yang timbul daripada pelaburan dalam aset ringgit?
Seorang bukan pemastautin dibenarkan melindung nilai pendedahan yang timbul daripada pelaburan dalam aset ringgit yang dibuat pada atau selepas 1 April 2005 dengan bank tempatan berlesen atau cawangan luar negara yang dilantik oleh bank tempatan berlesen.
- Bagaimanakah saya boleh menentukan sama ada transaksi yang bakal saya lakukan memerlukan kelulusan? Bagaimanakah saya boleh memohon untuk melakukan transaksi yang memerlukan kelulusan?
Sila dapatkan pengesahan daripada Bank Negara Malaysia mengenai transaksi yang memerlukan kelulusan.
Permohonan boleh dikemukakan dalam talian di www.bnm.gov.my/fep. Bagi permohonan yang tidak mempunyai borang dalam talian, pemohon boleh mengemukakan permohonan bertulis ke alamat berikut:
Pengarah
Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26913266 / 03-26937732 - Di manakah saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai peraturan pentadbiran pertukaran asing di Malaysia?
Maklumat mengenai peraturan pentadbiran pertukaran asing boleh didapati di www.bnm.gov.my/fep. Penjelasan mengenai peraturan pentadbiran pertukaran asing boleh didapati di BNMLINK atau BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di 1 300 88 5465.