PENGURUSAN RISIKO PERNIAGAAN
Pengurusan Risiko Kewangan
Bursa telah mewujudkan proses dan prosedur pengurusan risiko yang mantap untuk menguruskan risiko “counterparty/settlement” dan mengelakkan impak sistemik ke atas pasaran saham dan komoditi. Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd (BMSC) dan Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad (BMDC) (secara kolektif dirujuk sebagai “Clearing House”) bertindak sebagai pihak pusat untuk dagangan ekuiti dan derivatif, masing-masing, dan dengan itu adalah tertakluk kepada risiko kredit pihak-pihak lain yang terlibat. Proses dan prosedur kedua-dua “Clearing House” ini adalah sejajar dengan PFMI yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Mengenai Sistem Pembayaran & Penyelesaian (CPSS), sebuah Jawatankuasa Teknikal daripada IOSCO. Pengurusan risiko kewangan dibina berpandukan oleh prinsip-prinsip berikut:-
Langkah-langkah mitigasi bagi menguruskan Risiko Kewangan digariskan di bawah:
-
Nilai-pada-pasaran-semasa harian untuk kedudukan tertunggak dan penilaian semula intra-hari untuk kedudukan dan kolateral;
-
Syarat margin awal dan variasi; di samping pengurusan tunai dan kolateral;
-
Memantau nisbah kecukupan modal Peserta Penjelasan Dagangan (TCP) dan Peserta Penjelasan (CP) dan paras modal bersih terlaras;
-
Memantau aliran penyelesaian untuk kedua-dua BMSC dan BMDC dan menguruskan pendedahan “Clearing House” dengan lain-lain institusi kewangan;
-
Melaksanakan ujian-stres harian ke atas kecukupan Dana Jaminan Penjelasan (CGF) daripada BMSC dan Dana Penjelasan dari BMDC, untuk memastikan agar mereka mencukupi bagi melindungi Clearing House di bawah senario pasaran yang ekstrem;
-
Melaksanakan ujian stres harian ke atas kecukupan sumber-sumber kecairan Clearing House untuk memastikannya mencukupi untuk memenuhi kewajipan penyelesaiannya dalam masa yang berpatutan; dan
-
Melaksanakan latihan kemungkiran olok-olok tahunan dengan mensimulasikan senario kemungkiran untuk menguji keberkesanan Prosedur Pengurusan Kemungkiran untuk memastikan agar mereka kekal mantap dan relevan dalam menghadapi persekitaran pasaran yang tidak menentu. Pada tahun 2017, tidak terdapat kes kemungkiran penyelesaian oleh sebarang TCP atau CP dan dengan itu CGF mahupun Dana Penjelasan tidak perlu dipanggil.
Untuk butiran tentang praktis pengurusan risiko CCP sila rujuk kepada Pengurusan Risiko Penjelasan.