Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Kelestarian » Mengambil Tindakan » Memupuk Kelestarian

Mengambil Tindakan

Bursa Malaysia sentiasa menggalakkan kelestarian sebagai kunci kejayaan bagi perniagaan hari ini. Satu pendekatan holistik bagi pengurusan perniagaan, menggabungkan pertimbangan terhadap ekonomi, alam sekitar dan tadbir urus beserta dengan pertimbangan kewangan, boleh menjadi model perniagaan yang kukuh yang menyokong kelangsungan perniagaan dan pewujudan nilai jangka panjang untuk pihak berkepentingan dan masyarakat amnya.

Memupuk Kelestarian

Memupuk Kelestarian

Satu tinjauan global Accenture pada 2010 terhadap lebih daripada 700 orang CEO mendapati bahawa 93 peratus menganggap kelestarian penting bagi kejayaan syarikat mereka pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, ramai pemimpin perniagaan berhempas-pulas untuk membangunkan kelestarian dalam operasi harian mereka.

Perkara pertama yang perlu diterima oleh organisasi dan pemimpinnya adalah bahawa tidak ada pendekatan biasa yang boleh digunakan untuk memupuk kelestarian. Perubahan pada organisasi hasil daripada memupuk kelestarian adalah berbeza dengan perubahan biasa dalam organisasi. Perubahan pada organisasi cenderung untuk memberikan kesan pada sebuah entiti secara dalaman. Walau bagaimanapun, apabila kelestarian digabungkan, ia memberi kesan yang lebih meluas kerana kelestarian memanjangkan rantaian operasi yang bermakna.

Dalam hal ini, organisasi menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pihak berkepentingannya dan masyarakat amnya atas impak risiko EES mereka. Inilah pendekatan berbeza daripada pendekatan yang dipacu keuntungan sebelum ini, apabila organisasi semakin sedar bahawa tanggungjawab mereka menjangkaui lebih jauh daripada suku kewangan seterusnya. Terdapat jangkaan terhadap organisasi untuk menangani isu-isu yang disebabkan oleh peningkatan dalam populasi, perubahan iklim, isu kesihatan yang semakin banyak dan juga epidemik. Sebagai contoh, sebuah syarikat farmaseutikal mungkin melihat peluang untuk berinovasi dan mewujudkan ubat-ubatan untuk menangani isu-isu kesihatan tetapi perlu juga peka akan risiko reputasi jika mereka mewujudkan ubat-ubatan yang amat diperlukan tetapi pada masa yang sama mengenakan caj yang begitu tinggi pada ubat-ubatan berkenaan.

Satu strategi kelestarian ialah rangka kerja untuk menguruskan impak ekonomi, alam sekitar dan sosial organisasi itu kepada perniagaannya dan juga pihak berkepentingannya.

Strategi kelestarian organisasi mestilah sejajar dengan visi dan strateginya, dan mesti menggariskan tanggungjawab ekonomi, alam sekitar dan sosial organisasi itu serta matlamat dan objektif yang berkaitan pada masa hadapan.

Strategi yang jelas dan sejajar menyediakan pelbagai manfaat kepada organisasi, termasuklah komunikasi yang lebih mudah tentang matlamat dan objektif kelestarian untuk mendapatkan sokongan daripada pihak berkepentingan kelestarian utama termasuklah pengurusan kanan dan Lembaga Pengarah, dan penjajaran usaha-usaha ekonomi, alam sekitar dan sosial yang lebih jelas untuk memaksimumkan usaha yang dilaburkan.

Rajah 1 di bawah menunjukkan bagaimana kelestarian dipupuk dalam fungsi Lembaga. Lembaga juga bertanggungjawab untuk memastikan penggabungan nilai-nilai dan minat pihak berkepentingan dalam strategi korporat.

Sustainability in a Strategic Context

Rajah 1: Peranan Lembaga Pengarah berkaitan dengan kelestarian

Fungsi Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah sesebuah organisasi memainkan peranan penting dalam membangunkan strategi kelestarian. Mekanisme tadbir urus yang betul boleh membantu Lembaga Pengarah untuk menggabungkan kelestarian dalam mandatnya. Di bawah ialah strategi yang dibangunkan untuk Lembaga Pengarah yang baru bermula dan Lembaga Pengarah yang sudah bersedia untuk maju ke tahap seterusnya.

Tahap 1: Bagi Lembaga Pengarah yang baru bermula

Sustainability in a Strategic Context

Tahap 2: Bagi Lembaga Pengarah yang sedia untuk membawa kelestarian ke tahap seterusnya

Sustainability in a Strategic Context

Berikut ialah beberapa langkah utama yang boleh dipertimbangkan oleh sesebuah organisasi dalam usaha memupuk kelestarian ke dalam strategi korporatnya.

Sustainability in a Strategic Context