Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Ekuiti » Dagangan » Kos Transaksi

Ekuiti

Ekuiti menawarkan potensi besar bagi pertumbuhan modal dan merupakan pelaburan risiko jangka panjang. Pemilikan ekuiti akan sering melayakkan pelabur untuk sebahagian daripada keuntungan syarikat melalui dividen.

Kos Transaksi

Dagangan

Kos Transaksi

Selain kos penjualan dan pembelian saham, pelanggan harus membayar caj yang berikut:

Kos Transaksi

Kos Transaksi ialah perbelanjaan yang perlu dibayar apabila saham dibeli atau dijual . Kos transaksi termasuk komisen broker, duti setem dan fi penjelasan.
  1. Komisen Broker
    Brokers' Commission Rates
  2. Duti Setem
    Duti Setem ialah RM1.00 bagi setiap RM1000.00 (atau sebahagiannya ) daripada nilai transaksi sekuriti (dibayar oleh kedua-dua pembeli dan penjual). Duti setem boleh dikenakan sehingga tidak melebihi RM200.00.

    1. Duti setem tidak tertakluk kepada GST

    2. Satu instrumen berkaitan jualan dan belian runcit * debentur dan runcit* sukuk yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidamatan 2007 [Akta 671] akan dikecualikan daripada duti setem. Arahan pengecualian ini hanya dikenakan kepada pelabur runcit individu* bagi instrumen yang dilaksanakan pada atau selepas 1 Oktober 2012 dan tidak selewat-lewatnya pada 31 Disember 2015.
  3. * Sila rujuk "PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO.4) 2013"

  4. Fi Penjelasan
    1. Kontrak-Kontrak Diserahkan Hak (dalam transaksi pasaran)
      0.03% daripada nilai transaksi (perlu dibayar oleh pembeli dan penjual) pada kadar maksimum RM1000.00 setiap kontrak.Tiada yuran minimum dikenakan.

    2. Kontrak Perniagaan Langsung
      0.03% daripada nilai transaksi (perlu dibayar oleh kedua-dua pembeli dan penjual) pada kadar maksimum RM1000.00 setiap kontrak dan minimum RM10.00.

    3. Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

      1. Bursa Malaysia Berhad telah mendapatkan kelulusan untuk memaparkan harga tidak termasuk GST di bawah subseksyen 9(7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. Oleh yang demikian, setiap yuran, caj atau jumlah yang perlu dibayar pada perenggan 3 tidak termasuk GST iaitu harga yang perlu dibayar tidak termasuk GST.

      2. Berkuat kuasa 1 April 2015, 6% GST dikenakan ke atas semua yuran, caj atau jumlah yang dibayar (melainkan jika diarahkan oleh Bursa Malaysia Berhad sejajar dengan Akta Barang dan Perkhidmatan 2014), dan akan dibilkan dalam invois cukai yang dikeluarkan berkaitan yuran, caj dan jumlah lain yang perlu dibayar.