Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Ekuiti » Dagangan » Jenis Pesanan

Ekuiti

Ekuiti menawarkan potensi besar bagi pertumbuhan modal dan merupakan pelaburan risiko jangka panjang. Pemilikan ekuiti akan sering melayakkan pelabur untuk sebahagian daripada keuntungan syarikat melalui dividen.

Jenis Pesanan

Dagangan

Jenis Pesanan

Jenis pesanan dan jenis pengesahan dibenarkan di bawah Bursa Trade Securities berkuat kuasa 2 Julai 2012 adalah:

  • Pesanan Had(Limit Order)
  • Pesanan Pasaran(Market Order)
  • Pesanan Pasaran ke Had (MTL)(Market To Limit)
  • Pesanan Pasaran FAK (MO FAK)
  • Pesanan Fill And Kill (FAK)
  • Kuantiti Minimum

Pesanan Had

Pesanan Had ialah pesanan yang mempunyai had harga yang spesifik pada waktu pesanan. Pesanan Had dilaksanakan pada harga yang spesifik atau harga yang lebih baik. Belian pesanan had boleh dipadankan pada harga lebih rendah atau sama dengan harga had. Pesanan had belian boleh dipadankan pada harga lebih tinggi atau sama dengan harga had. Pesanan had yang baru boleh dipadankan dengan pelbagai pesanan di dalam buku pesanan pada harga sehingga harga had yang ditentukan.

Pesanan Pasaran (pesanan tanpa harga had)

Pesanan Pasaran adalah pesanan yang akan dipadankan pada harga terbaik secepat yang mungkin. Hanya kuantiti pesanan yang perlu dinyatakan apabila pesanan pasaran dimasukkan ke dalam sistem. Kuantiti yang tidak dapat dipadankan akan kekal di dalam buku pesanan dengan status keutamaan tertinggi.

Pesanan Pasaran ke Had (MTL)

Pesanan Pasaran ke Had (MTL) adalah pesanan yang dilakukan pada harga had terbaik di pihak berlawanan di pasaran apabila ia diperkenalkan di pasaran. Jika ia tidak dipadankan dengan sepenuhnya, pesanan Pasaran ke Had dimasukkan ke dalam buku pesanan untuk kuantiti selebihnya pada had padanan.

  • Jenis pesanan ini hanya terdapat dalam fasa dagangan berterusan.
  • Harga pesanan tidak diperlukan untuk jenis pesanan MTL.
  • Hanya kuantiti perlu dinyatakan semasa kemasukan pesanan.
  • Pesanan MTL tidak boleh diterima jika tiada pesanan di pihak berlawanan.
  • Pesanan MTL boleh dimasuki dengan kuantiti minimum yang dinyatakan.
Masukkan Pesanan Pasaran ke Had (MTL)
Buku Pesanan Awal:
Initial Order Book
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200 002 LMT 2.31 200
        003 LMT 2.31 100

Transaksi dimasukkan: Beli MTL #004 kuantiti 1000

Dilaksanakan:

  • Pesanan #004 dipadankan dengan #002 pada harga 2.31, kuantiti 200
  • Pesanan kuantiti selebihnya #004 dimasukkan dalam buku pesanan pada harga 2.31, kuantiti 800
Buku Pesanan Belian
Buku Pesanan Belian
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
004 LMT 2.31 800 003 LMT 2.32 100
001 LMT 2.30 200        

Pesanan Pasaran Fill and Kill (FAK MO)

Pesanan ini dipadankan dengan serta-merta dengan semua kuantiti yang terdapat pada pihak berlawanan, dan baki kuantiti selebihnya, akan secara automatik dibatalkan daripada sistem dagangan.

  • Jenis pesanan ini hanya terdapat dalam fasa dagangan berterusan.
  • Harga pesanan tidak diperlukan bagi jenis pesanan pasaran Fill and Kill
  • Hanya kuantiti perlu ditetapkan semasa pesanan dibuat.
  • Pesanan pasaran Fill and Kill boleh dibuat dengan kuantiti minimum yang ditetapkan
Masukkan Pesanan Pasaran Fill And Kill (FAK) (MO)
Buku Pesanan Awal:
Initial Order Book
Buku Pesanan AwalBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200 002 LMT 2.31 200
        003 LMT 2.32 100

Transaksi dimasukkan: Beli MO FAK #004 saiz 1000

Dilaksanakan:

  • Pesanan #004 dipadankan dengan #002 pada harga 2.31, kuantiti 200
  • Pesanan #004 dipadankan dengan #003 pada harga 2.32, kuantiti 100
  • Pesanan selebihnya #004 sebanyak 700 akan dibatalkan
Buku Pesanan Selebihnya:
Buku Pesanan Selebihnya:
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200        

Fill And Kill (FAK)

Pesanan yang di buat dalam kombinasi pengesahan jenis Fill & Kill (FAK) ialah pesanan yang memerlukan semua atau sebahagian pesanan dipadankan serta-merta selepas ia dimasukkan ke pasaran. Mana-mana bahagian yang tidak dipadankan akan dibatalkan serta-merta oleh sistem dagangan.

Buku Pesanan Awal:
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200 002 LMT 2.32 300

Transaksi dimasukkan: Beli HAD FAK #003 pada harga 2.32, kuantiti 1000

Dilaksanakan:

  • Pesanan #003 dipadankan dengan #002 pada harga 2.32, kuantiti 300
  • Pesanan kuantiti selebihnya #003 sebanyak 700 dikeluarkan
Buku Pesanan Selebihnya:
Buku Pesanan Selebihnya
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200        
Kemasukan Pesanan Pasaran ke Had (MTL) dengan pengesahan Fill And Kill (FAK)
Buku Pesanan Awal:
Buku Pesanan Awal
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200 002 LMT 2.31 200
        003 LMT 2.32 100

Transaksi dimasukkan: Beli MTL FAK #004 kuantiti 1000

Dilaksanakan:

  • Pesanan #004 dipadankan dengan #002 pada harga 2.31, kuantiti 200
  • Pesanan kuantiti sepenuhnya #004 sebanyak 800 dikeluarkan
Buku Pesanan Selebihnya:
Buku Pesanan Selebihnya
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200 003 LMT 2.32 100

Kuantiti Minimum

Pesanan yang dibuat secara kombinasi dengan jenis kuantiti minimum akan dipadankan serta-merta sekurang-kurangnya kuantiti minimum akan dibatalkan melainkan sebaliknya pesanan dibatalkan. Kuantiti minimum digunakan bagi mengawal saiz minimum yang akan didagangkan.

Masukkan Pesanan Had dengan jenis Pengesahan Kuantiti Minimum
Buku Pesanan Awal:
Buku Pesanan Awal
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200 002 LMT 2.32 300

Transaksi dimasukkan: Beli HAD #003 pada harga 2.32, kuantiti 1000 dan kuantiti minimum 500 (tidak didapati)

Dilaksanakan

  • Pesanan #003 dibatalkan.
Buku Pesanan Selebihnya
Buku Pesanan Selebihnya
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200 003 LMT 2.32 300
Masukkan Pesanan HAD dengan jenis Pengesahan Kuantiti Minimum
Buku Pesanan Awal:
Buku Pesanan Awal
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200 002 LMT 2.32 300

Transaksi dimasukkan: Beli HAD #003 pada harga 2.32, saiz 1000 dan kuantiti minimum 300 (boleh didapati)

Dilaksanakan:

  • Pesanan #003 dipadankan dengan #002 pada harga 2.32, kuantiti 300
  • Pesanan #003 yang selebihnya sebanyak 700 dimasukkan ke dalam buku pesanan
Buku Pesanan Selebihnya:
Buku Pesanan Selebihnya:
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
003 LMT 2.32 700        
001 LMT 2.30 200        
Masukkan Pesanan Pasaran (MO) Fill And Kill (FAK) dengan jenis Pengesahan Kuantiti Minimum
Buku Pesanan Awal:
Buku Pesanan Awal
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200 002 LMT 2.31 500
        003 LMT 2.32 100
        004 LMT 2.33 100
        005 LMT 2.34 100

Transaksi dimasukkan: Beli FAK MO #006 kuantiti 1000 dan kuantiti minimum 400 (boleh didapati)

Dilaksanakan:

  • Pesanan#006 dipadankan dengan #002 pada harga 2.31, kuantiti 100
  • Pesanan #006 dipadankan dengan #003 pada harga 2.32, kuantiti 100
  • Pesanan #006 dipadankan dengan #004 pada harga 2.33, kuantiti 100
  • Pesanan #006 dipadankan dengan #005 pada harga 2.34, kuantiti 100
  • Kuantiti selebihnya #006 sebanyak 200 dibatalkan.
Buku Pesanan Selebihnya:
Buku Pesanan Selebihnya
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200        
Masukkan Pesanan Pasaran (MO) Fill And Kill (FAK) dengan jenis Pengesahan Kuantiti Minimum
Buku Pesanan Awal:
Buku Pesanan Awal
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200 002 LMT 2.31 100
        003 LMT 2.32 100
        004 LMT 2.33 100
        005 LMT 2.34 100

Transaksi dimasukkan: Beli FAK MO #004 kuantiti 1000 dan kuantiti minimum 500 (tidak didapati)

Dilaksanakan:

  • Pesanan #004 akan dibatalkan
Buku Pesanan Selebihnya:
Buku Pesanan Selebihnya:
Buku Pesanan BelianBuku Pesanan Jualan
#JenisHargaKuantiti#JenisHargaKuantiti
001 LMT 2.30 200 002 LMT 2.31 100
        003 LMT 2.32 100
        004 LMT 2.33 100
        005 LMT 2.34 100