Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Ekuiti » Dagangan » Bidaan Minimum

Ekuiti

Ekuiti menawarkan potensi besar bagi pertumbuhan modal dan merupakan pelaburan risiko jangka panjang. Pemilikan ekuiti akan sering melayakkan pelabur untuk sebahagian daripada keuntungan syarikat melalui dividen.

Bidaan Minimum

Dagangan

Bidaan Minimum

Saiz tick(bida) ialah variasi harga minimum antara harga belian dengan jualan bagi satu saham. Saiz tick(bida) dikurangkan selaras dengan amalan semasa pasaran maju global dan yang lebih penting, untuk mewujudkan kedalaman pasaran, yang membolehkan penemuan harga dan menggalakkan kecairan dalam pasaran ekuiti tempatan.

Jadual di bawah menjelaskan tentang struktur saiz tick(bida) baru.

Jadual I - Saiz Tick(bida) untuk Sekuriti Didagangkan dan Disebut harga di Bursa Malaysia
Saiz Tick untuk Sekuriti yang Didagangkan dan Disebutharga di Bursa Malaysia
Julat Harga Saiz Tick(bida) (Sen)
Bawah RM1.00 0.5
RM1.00 hingga ke RM9.99 1
RM10.00 hingga ke RM99.98 2
RM100.00 ke atas 10
Jadual II - Saiz Tick(bida) bagi ETF
Saiz Tick(bida) bagi ETF
Sekuriti Harga Pasaran Saiz Tick(bida) (Sen)
ABFMY1 Pada sebarang harga 0.1 (tiada perubahan)
ETFs berasaskan Ekuiti Kurang daripada RM1.00 0.1
Antara RM1.00 ke RM2.995 0.5
RM3.00 dan ke atas 1

Bagi bon, debentur, sekuriti pinjaman, waran dan waran panggilan, struktur bida minimum mempunyai sebaran dagangan minimum yang sama seperti saham.

Harga "Buying - in" bagi Sekuriti yang tidak diserah

Berkaitan dengan harga bidaan bagi "Buying - in", Bursa akan mengekalkan sepuluh (10) Tick(bida). Sehubungan dengan itu, harga "Buying - in" akan berasaskan kepada struktur tick(bida) semasa (Jadual III) dan saiz tick(bida) berbanding dengan struktur saiz tick(bida) baru untuk memastikan harga "Buying - in" adalah menarik kepada penjual yang berpotensi.

Jadual III - Struktur Saiz Tick(bida) Semasa
Struktur Saiz Tick(bida) Semasa
Julat Harga Saiz Tick(bida) (Sen)
Bawah RM1.00 0.5
RM1.00 hingga RM2.99 1
RM3.00 hingga RM4.98 2
RM5.00 hingga RM9.95 5
RM10.00 hingga RM24.90 10
RM25.00 hingga RM99.75 25
RM100.00 ke atas 50

Dalam pengiraan harga "Buying - in", harga "Buying - in" akan dibulatkan sehingga saiz tick(bida) seterusnya jika harga turun antara dua saiz tick(bida). Contohnya, jika harga penutup adalah antara RM10.02 dan RM10.08, harga "Buying - in" akan dibulatkan kepada RM11.10 seperti di bawah:

Jadual IV - Pengiraan Harga "Buying - in"
Pengiraan "Buying - in"
Harga Penutup
(Berdasarkan saiz tick(bida) baru)
Pengiraan "Buying - in"
(Berdasarkan saiz tick(bida) semasa)
Harga "Buying - in"
RM10.00 10.00 + 1.00 (10 x 0.10 = 1.00) = RM11.00 RM11.00
RM10.02 10.02 + 1.00 (10 x 0.10 = 1.00) = RM11.02 RM11.10 (rounded hingga ke RM11.10)
RM10.04 10.04 + 1.00 (10 x 0.10 = 1.00) = RM11.04 RM11.10 (rounded hingga ke RM11.10)
RM10.06 10.06 + 1.00 (10 x 0.10 = 1.00) = RM11.06 RM11.10 (rounded hingga ke RM11.10)
RM10.08 10.08 + 1.00 (10 x 0.10 = 1.00) = RM11.08 RM11.10 (rounded hingga ke RM11.10)
RM10.10 10.10 + 1.00 (10 x 0.10 = 1.00) = RM11.10 RM11.10

Pada masa ini harga pembelian ETFs adalah berdasarkan kepada (10) tick(bida) daripada saiz tick(bida) ETF. Memandangkan saiz tick(bida) adalah kecil, sekiranya berlaku kegagalan dagangan, harga "Buying - in" adalah tidak menarik bagi penjual berpotensi. Contohnya bagi kes ABFMY1, saiz tick(bida) minimum adalah 0.1sen.

Memohon 10 tick(bida) kepada saiz minimum tick(bida) (0.1x10) adalah 1 sen. Ini tidak mencukupi untuk menampung kos transaksi bagi penjual berpotensi.

Bagi tujuan "Buying - in" ETFs, struktur "Buying - in" yang sama bagi saham akan digunakan bagi ETFs seperti berikut:

Jadual V - Harga "Buying - in" bagi ETF akan berasaskan kepada saiz tick(bida) berikut:
Harga "Buying - in" bagi ETF akan berasaskan kepada saiz tick(bida) berikut
Julat Harga tick(bida) Size (Sen)
Bawah RM1.00 0.5
RM1.00 hingga RM2.99 1
RM3.00 hingga RM4.98 2
RM5.00 hingga RM9.95 5
RM10.00 hingga RM24.90 10
RM25.00 hingga RM99.75 25
RM100.00 ke atas 50

Sebagai contoh, saham FB30ETF jika ia didagangkan pada julat RM5.77, tick(bida) "Buying - in" adalah di bawah julat RM5.00 hingga RM9.95 iaitu 0.05. Oleh itu, harga premium "Buying - in" adalah (10 tick(bida) X 5sen) 50sen.

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang Saiz Tick(bida).

RR7 daripada 2009

Get Adobe ReaderAdobe Acrobat Reader is needed to view the documents.
If you don't already have it installed on your computer, click on the icon to download it.