Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Ekuiti » Dagangan » Circuit Breaker

Ekuiti

Ekuiti menawarkan potensi besar bagi pertumbuhan modal dan merupakan pelaburan risiko jangka panjang. Pemilikan ekuiti akan sering melayakkan pelabur untuk sebahagian daripada keuntungan syarikat melalui dividen.

Circuit Breaker

Dagangan

Circuit Breaker

Bursa Malaysia memperkenalkan Circuit Breaker dengan tujuan untuk menstabilkan ketaktentuan pasaran dan memutuskan sama ada dagangan digantung sementara atau digantung sepenuhnya. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pelabur.

Tujuan utama Circuit Breaker adalah untuk memastikan penyebaran maklumat yang lebih luas kepada semua peserta pasaran termasuk pelabur untuk membuat keputusan pelaburan dengan bijak.

Soalan Lazim

  • Apakah Circuit Breaker?

    Circuit Breaker ialah satu pendekatan seluruh pasaran bagi menguruskan pergerakan menurun indeks barometer dengan menyekat perdagangan sementara dalam waktu perdagangan yang biasa, ketika maklumat disebarkan kepada semua peserta pasaran.

  • Bila Circuit Breaker diaktifkan?

    Circuit Breaker akan dicetuskan apabila FTSE based Composite Index (FBMKLCI) menurun sebanyak 10%, 15% dan 20% di bawah indeks penutup hari pasaran sebelumnyanya dan juga di bawah syarat-syarat berikut:

    Tahap Pencetus Litar Pemutus Bursa Malaysia Peringkat/ Keadaan Dan Tempoh Renti Dagangan
    Tahap Pencetus Litar Pemutus Bursa Malaysia Peringkat/ Keadaan Dan Tempoh Renti Dagangan
    Tahap Pencetus Penurunan FBMKLCI dari 9:00 am - sebelum 11:15 am dari 11:15 am - 12:30 pm dari 2:30 pm - sebelum 3:30 pm dari 3:30 pm - 5:00 pm
    1 FBMKLCI jatuh ke agregat 10% atau lebih banyak tetapi kurang daripada 15% indeks penutup hari pasaran sebelumnya. 1 Jam Sesi Dagangan Berehat 1 Jam Sesi Dagangan Berehat
    2 FBMKLCI jatuh ke agregat sama atau lebih daripada 15% tetapi kurang daripada 20% indeks penutup hari pasaran sebelumnya. 1 Jam Sesi Dagangan Berehat 1 Jam Sesi Dagangan Berehat
    3 FBMKLCI jatuh ke agregat sama atau lebih daripada 20% indeks penutup hari pasaran sebelumnya 9.00 a.m. - 12.30 p.m. 2.30 p.m. - 5.00 p.m.
    Rehat Hari Dagangan Rehat Hari Dagangan

    Nota:
    Perdagangan di Bursa Malaysia dibuat dalam dua (2) sesi dagangan dari 9.00 a.m. hingga 12.30 p.m. (sesi pagi) dan dari 2.30 p.m. (sesi petang) hingga 5.00 p.m.

    Penemuan ini disokong oleh satu kajian pergerakan-pergerakan FBMKLCI dalam satu tempoh masa tertentu yang merangkumi contoh satu kemerosotan tiba-tiba dan berterusan dalam FBMKLCI dan satu kajian perbandingan amalan terbaik antarabangsa dalam mencetuskan Circuit Breaker dalam bursa saham lain.

  • Kenapa paras pengaktifan ditetapkan pada penyusutan 10%, 15% dan 20% FBMKLCI daripada indeks penutupan hari pasaran sebelumnya?

    Tahap cetus yang diputuskan untuk Circuit Breaker telah ditemui untuk menjadi yang paling berkesan dalam memenuhi objektif dalam menghadapi ketidakstabilan pasaran berlebihan.

    Penemuan ini disokong oleh satu kajian pergerakan FBMKLCI dalam satu tempoh masa yang merangkumi contoh kemerosotan tiba-tiba dan berterusan dalam FBMKLCI dan satu kajian perbandingan amalan terbaik antarabangsa dalam mencetuskan Circuit Breaker dalam bursa lain.

  • Bagaimanakan paras pengaktifan Circuit Breaker dikira?

    Terdapat tiga (3) paras aktif Circuit Breaker yang berasaskan penurunan 10%, 15% dan 20% FBMKLCI daripada indeks penutupan hari pasaran sebelumnya. Contoh berikut menggambarkan bagaimana paras aktif itu dikira?

    Senario:

    Andaikan indeks penutupan FBMKLCI pada 30 Julai ialah 600 poin. Paras aktif Circuit Breaker pada 31 Julai akan dikira berdasarkan indeks penutupan 30 Julai dengan menggunakan paras peratusan yang ditentukan sebelumnya, iaitu 10%, 15% dan 20% bagi setiap paras aktif. Keputusan paras indeks yang diperoleh daripada kiraan akan menjadi paras aktif efektif pada hari tersebut (31 Julai).

    Apabila FBMKLCI menurun akibat paras aktif masing-masing, dagangan pasaran saham akan dihentikan buat sementara.

    Jadual 1: Andaikan indeks penutupan hari pasaran sebelumnya ialah 600 poin.

    Andaikan indeks penutupan hari pasaran sebelumnya ialah 600 poin
    Paras Aktif dan Peratusan Penurunan Poin Indeks Tahap Circuit Breaker FBMKLCI Tempoh Masa Terhenti Dagangan
    Level 1 - 10% 60 540 poin 1 jam
    Level 2 - 15% 90 510 poin 1 jam
    Level 3 - 20% 120 480 poin Sepanjang hari

    Dalam contoh ini, paras pertama Circuit Breaker akan diaktifkan pada penurunan 10% daripada 60 poin dalam indeks penutupan FBMKLCI 600 poin. Bagi paras kedua Circuit Breaker (15%), penurunan akan menjadi 90 poin sementara bagi paras ketiga Circuit Breaker (20%), penurunan menjadi 120 poin.

    Oleh itu, sekiranya penurunan FBMKLCI di bawah indeks penutupan hari pasaran sebelumnya atau di bawah:

    1. 540 poin – dagangan dihentikan selama satu (1) jam jika aktif pada atau sebelum 11.15 pagi atau 3.30 petang, atau sepanjang sesi dagangan jika aktif pada atau selepas 11.15 pagi atau 3.30 petang.
    2. 510 poin – dagangan dihentikan selama satu (1) jam jika aktif pada atau sebelum 11.15 pagi atau 3.30 petang, atau sepanjang sesi dagangan jika aktif pada atau sebelum 11.15 pagi atau 3.30 petang.
    3. 480 poin – dagangan dihentikan sepanjang hari.
  • Berapa kalikah Circuit Breaker boleh diaktifkan dalam satu hari?

    Terdapat empat (4) situasi yang membolehkan Circuit Breaker dicetuskan pada waktu siang berdasarkan indeks penutup FBMKLCI hari pasaran sebelumnya, iaitu satu kemerosotan:

    1. 10%, 15% dan 20%
    2. 10% dan 20%
    3. 15% dan 20%
    4. 20%

    Maka, situasi menunjukkan bahawa FBMKLCI boleh merosot dalam:

    1. Satu cara mengejutkan seperti (a); atau
    2. secara tiba-tiba seperti (b) dari paras 10% hingga 20% memintas ke paras15%, (c) 15% hingga 20% memintas paras 10% dan (d) terus kepada 20% memintas10% dan tahap 15%

    Tambahan kepada di atas , terdapat dua (2) lagi syarat-syarat bagi rangka kerja Circuit Breaker:

    1. Renti dagangan untuk setiap tahap pencetus hanya akan berlaku sekali sepanjang hari perdagangan.

      Misalnya, jika FBMKLCI hari yang sebelumnya berada di 1000 mata dan ia jatuh kepada 855 mata (melanggar 10% tahap pencetus), dagangan akan dihentikan selama sejam.

      Kemudiannya, jika FBMKLCI naik sekali lagi pada waktu siang kepada 1020 mata dan kemudian turun kepada 870, renti dagangan peringkat pertama (iaitu pada 10%) tidak akan dicetuskan kerana ia telah dicetuskan sebelum ini. Keadaan ini digunakan baagi semua empat (4) situasi yang tersebut di atas.

    2. Jika FBMKLCI melanggar satu tahap pencetus lebih tinggi (misalnya 15%) dengan melepasi tahap yang lebih rendah(misalnya 10%) , tahap pencetus yang lebih rendah tidak akan dicetuskan semasa hari dagangan.

      Keadaan menggambarkan contoh dalam (ii) di atas di mana FBMKLCI jatuh secara tiba-tiba kepada 15% memintas tahap pencetus 10% . Dalam keadaan ini, renti dagangan terhadap penurunan tahap 10% tidak akan dicetuskan langsung pada waktu siang.

  • Apakah aspek dagangan yang terkesan dengan Circuit Breaker?

    Mekanisme Circuit Breaker hanya akan menghentikan dagangan buat sementara waktu apabila ia dicetuskan. Segala clearing, settlement dan operasi depository berfungsi secara normal.

    Contohnya, jika Circuit Breaker dicetuskan pada 10:00 a.m., semua perdagangan dipadankan setakat 10:00 a.m. akan dijelaskan dan diselesaikan senormal menurut sistem penyelesaian T+3. Semua tempahan tidak sepadan yang dimasukkan sebelum 10:00 a.m. akan diteruskan untuk dipadankan selepas penyambungan dagangan.

    Semasa penghentian dalam perdagangan, yang berikut dibenarkan sejajar dengan Peraturan Bursa Malaysia:

    1. Kemasukan pesanan had
    2. Pindaan kepada kontrak tetapi terhad kepada pelanggan kod-kod sahaja
    3. Pengurangan dalam kuantiti tempahan; dan
    4. Pembatalan atau pengeluaran tempahan
  • Apabila Circuit Breaker diaktifkan, apakah yang terjadi kepada pesanan pelabur?

    Semua tempahan sepadan akan kekal sahih manakala yang tidak sepadan akan terus berada dalam giliran sistem perdagangan apabila Circuit Breaker dicetuskan di tahap 10% dan 15%.

    Tempahan tidak sepadan hanya akan dibuang apabila Circuit Breaker dicetuskan di paras 20% atau apabila dagangan diberhentikan untuk keseluruhan sesi dagangan.

    Arahan pasaran baru tidak dibenarkan semasa renti daagangan, bagaimanapun, pesanan pasaran sebelum renti dagangan dalam satu sesi dagangan tertentu akan kekal sahih untuk sehari suntuk. Tempahan pasaran baru akan dibenarkan selepas penyambungan dagangan.

  • Bagaimanakah pelabur tahu bahawa Circuit Breaker telah diaktifkan?

    Pelabur akan diberitahu selapas pengaktifan Circuit Breaker melalui penyebaran segera pengumuman awam oleh Bursa Malaysia menerusi pelbagai sumber - media, internet di www.bursamalaysia.com and organisasi yang terlibat.

    Selepas pencetusan Circuit Breaker dan permulaan renti dagangan, pelabur juga akan diberitahu di tarikh dan masa yang sesuai dan masa untuk penyambungan dagangan.

  • Apa yang patut pelabur lakukan bila Circuit Breaker diaktifkan?

    Bila Circuit Breaker dicetuskan, pelabur sepatutnya mengambil tahu akan info semasa dengan meneruskan akses ke semua sumber maklumat yang boleh didapati.

    Dalam cara ini, pelabur boleh mengakses dan menilai semula keadaan semasa berdasarkan maklumat, dan bukannya trend pasaran dan spekulasi, bagi membuat keputusan pelaburan yang lebih tepat selepas dagangan bersambung.

Please click here to go Help Center