Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文
File not found in location specified

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Ekuiti » Dagangan » Sistem Depositori Pusat (CDS)

Ekuiti

Ekuiti menawarkan potensi besar bagi pertumbuhan modal dan merupakan pelaburan risiko jangka panjang. Pemilikan ekuiti akan sering melayakkan pelabur untuk sebahagian daripada keuntungan syarikat melalui dividen.

Sistem Depositori Pusat (CDS)

Dagangan

Sistem Depositori Pusat (CDS)

CDS ialah singkatan bagi "Sistem Depositori Pusat", iaitu sistem milik penuh yang diusahakan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Malaysian Central Depository Sdn. Bhd.), anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia Berhad.

Pelabur yang berhasrat untuk berdagang dalam sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia mesti membuka akaun CDS dengan Agen Depositori Sah (ADAs), contohnya syarikat broker saham. Sekuriti yang dibeli akan dikreditkan ke dalam akaun CDS yang telah dibuka oleh pelabur. Begitu juga dengan sekuriti yang dijual . Kesemua sekuriti itu akan didebitkan daripada akaun CDS.

Pelabur boleh menggunakan CDS untuk memindahkan sekuriti daripada satu akaun CDS kepada akaun yang lain, dengan syarat pemindahan telah diluluskan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. Transaksi lain yang boleh dilakukan oleh pendeposit melalui Sistem Depositori Pusat adalah dengan mendaftar maklumat akaun bank, mengemas kini maklumat akaun, mengaktifkan semula akaun CDS dorman, mengaktifkan semula akaun CDS yang tidak aktif, mendepositkan sijil saham, mengeluarkan saham syarikat dinyahsenaraikan, dan menutup akaun CDS.

Borang CDS bagi transaksi berikut kini boleh didapati untuk dimuat turun di laman web Bursa Malaysia. Borang mestilah disi dengan lengkap sebelum dihantar kepada Agen Depositori Sah (ADA) contohnya, syarikat broker saham:

Application for Opening of Account
1.24 MB (PDF)

eDividend Form
71 KB (PDF)

Application for Updating of Account Particulars
1.10 MB (PDF)

Application for Reactivation of CDS Account
800 KB (PDF)

Application for Suspension/Release of Suspension of Securities
0.99 MB (PDF)

Application for Closing of Account
1.34 MB (PDF)

Transfer of Securities Request
1.14 MB (PDF)

Securities Deposit Request
855 KB (PDF)

Securities Withdrawal Request
1.32 MB (PDF)

Pendeposit mesti mengisi borang yang relevan dengan memasukkan maklumat yang diperlukan sebelum mencetak . Borang akan dicetak secara automatik sebanyak tiga (3) salinan, kecuali bagi borang Permohonan untuk Mengaktifkan Semula Akaun CDS yang akan dicetak sebanyak dua (2) salinan. Borang berkenaan,termasuk salinannya mesti ditandatangani.

Bagi akaun baharu, borang Permohonan bagi Pembukaan Akaun mesti dihantar kepada syarikat broker saham tempat pendeposit ingin membuka akaun CDS. Bagi transaksi lain, pendeposit perlu menghantar borang-borang berkenaan kepada syarikat broker saham tempat akaun CDS pendeposit.

Pendeposit dinasihatkan agar membaca arahan yang dicetak pada muka surat akhir borang dengan teliti sebelum mengisi borang. Bagi maklumat atau penjelasan lanjut, sila rujuk "Soalan Lazim mengenai CDS" yang boleh didapati di laman web Bursa Malaysia.


Get Adobe ReaderAdobe Acrobat Reader is needed to view the documents.
If you don't already have it installed on your computer, click on the icon to download it.