Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Ekuiti » Produk » Sekuriti Terikat

Ekuiti

Ekuiti menawarkan potensi besar bagi pertumbuhan modal dan merupakan pelaburan risiko jangka panjang. Pemilikan ekuiti akan sering melayakkan pelabur untuk sebahagian daripada keuntungan syarikat melalui dividen.

Sekuriti Terikat

Produk

Sekuriti Terikat

Sekuriti Terikat ialah gabungan sekuriti daripada kelas-kelas yang berbeza yang disenaraikan dan didagangkan sebagai satu sekuriti. Sekuriti terikat mungkin melibatkan kelas sekuriti yang berbeza yang diterbitkan oleh lebih daripada satu pemilik.

Secara amnya, sekuriti terikat mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

  • Sekuriti daripada kelas-kelas yang berbeza yang disatukan, disenaraikan dan didagangkan sebagai satu sekuriti.
  • Penerbit sekuriti terikat kekal sebagai entiti yang berasingan di sisi-sisi undang-undang walaupun sekuritinya telah disatukan, disenaraikan dan didagangkan sebagai satu sekuriti.
  • Kesemua pemilik sekuriti dalam mana-mana sekuriti terikat akan menandatangani perjanjian penyatuan atau penggabungan.

Kelebihan utama kelas aset sekuriti disatukan ialah penggabungan aset daripada kelas-kelas yang berbeza yang memberikan manfaat yang berbeza dari segi undang-undang,struktur cukai dan pulangan.