Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Ekuiti » Produk » Amanah Pelaburan Harta Tanah (REITs)

Ekuiti

Ekuiti menawarkan potensi besar bagi pertumbuhan modal dan merupakan pelaburan risiko jangka panjang. Pemilikan ekuiti akan sering melayakkan pelabur untuk sebahagian daripada keuntungan syarikat melalui dividen.

Amanah Pelaburan Harta Tanah (REITs)

Produk

Amanah Pelaburan Harta Tanah (REITs)

Soalan Lazim



Risalah

REITs
English | Bahasa Malaysia | Chinese
0.352 MB | 0.464 MB | 0.368 MB (PDF)

REITs List
1550 KB (PDF)

Harta tanah ialah kelas aset yang penting dalam portfolio pelaburan. Biasanya, sebelum REIT diperkenalkan, seorang pelabur mempunyai pilihan untuk melabur dalam harta fizikal tanah atau saham harta syarikat.

Kini, pelabur mempunyai pilihan alternatif melabur, iaitu dalam REITs dengan hanya membayar sejumlah kecil daripada harga harta tanah yang sebenar. Dalam erti kata lain, REIT memberikan pilihan kepada pelabur untuk melabur dalam harta tanah komersial berskala besar yang berkualiti tanpa perlu membeli harta tersebut secara langsung, menawarkan aliran pendapatan yang stabil dan hasil pengagihan pendapatan yang menarik.

Apakah manfaat melabur dalam REITs yang tersenarai?

  • Mampu Milik:
    Kos untuk melabur dalam REIT adalah rendah berbanding dengan kos pelaburan secara langsung dalam harta tanah. Anda boleh memulakan pelaburan dengan perbelanjaan yang minimum.
  • Mudah Tunai:
    REITs lebih cair berbanding dengan harta fizikal. Unit REITS yang disenaraikan sedia ditukar kepada tunai kerana ia didagangkan di pasaran saham.
  • Aliran pendapatan yang stabil:
    REIT mampu membayar pendapatan yang stabil (kebiasaannya dalam bentuk dividen) kepada pemegang unit apabila pendapatan ini diperoleh daripada sewa yang dibayar oleh penyewa harta REITs.
  • Pendedahan kepada hartanah berskala besar:
    Anda boleh memperoleh manfaat harta tanah secara prorata melalui REIT, sebuah pelaburan berkualiti yang mampu dimiliki.
  • Pengurusan profesional:
    Pengurusan dana dan harta tanah dalam REIT oleh pengurus profesional akan memberikan nilai yang lebih tinggi terhadap hasil pulangan.

Setiap REITs yang tersenarai perlu mematuhi Garis panduan (REITs) dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, untuk penyenaraian di Bursa Malaysia.

Semua REITs perlu mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti, sebelum boleh disenaraikan di bawah peruntukan Seksyen 212 Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007.

Sila klik pada profil syarikat REITs berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut