Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Peraturan Utama » Berdagang Hanya Saham Cair

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Berdagang Hanya Saham Cair

Peraturan Utama

Berdagang Hanya Saham Cair

Lihat ruang yang dinamakan Lot Selesai dalam laporan pasaran anda. Ini ialah jumlah saham yang diniagakan pada hari tersebut. Jika anda darabkan ini dengan harga saham, anda boleh melihat berapa banyak wang yang sebenarnya bertukar tangan pada hari itu. Jika jumlah ini tinggi, maka saham tersebut sangat cair, bermakna ia mudah untuk dibeli dan yang lebih penting, mudah untuk dijual. Perkara terakhir yang anda mahu apabila anda telah membeli saham ialah untuk terperangkap dengannya kerana anda tidak boleh mencari pembeli.

Contohnya, jika sebuah syarikat telah berdagang 100,000 saham hari ini dan harga tutup ialah RM2.42, kita boleh menganggarkan saham bernilai RM242,000 telah bertukar tangan hari ini.

Contohnya:

Harga terakhir Innovics ialah RM 0.30 dan Lot Selesai ialah 1000. Ini bermakna purata saham bernilai RM3,000 bertukar tangan hari ini. Dengan kata lain, Innovics hanya berdagang purata RM3,000 saham setiap hari.

Sekarang, anda memiliki saham lnovonics bernilai RM10,000 dan anda mahu menjualnya. Jika anda memasukkan arahan jual anda di pasaran, anda akan menyuntik perolehan tiga hari ke pasaran. Tidak akan ada pembeli yang mencukupi untuk anda segera menjual saham pada pilihan harga keluar anda.

Bagi memastikan anda melabur dalam saham cair, hanya dagangan saham yang menunjukkan perolehan harian sekurang-kurangnya sepuluh kali apa yang anda rancang untuk melabur. Jika anda melabur RM10,000 dalam saham, cari purata minimum urus niaga harian sebanyak RM100,000.