Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Peraturan Utama » Bermula dengan Pelan Kewangan

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Bermula dengan Pelan Kewangan

Peraturan Utama

Bermula dengan Pelan Kewangan

Dagangan saham mestilah dianggap sebagai usaha perniagaan - ia memerlukan masa, pengetahuan dan wang untuk berjaya. Pelan Kewangan Anda menggambarkan laluan kejayaan anda.

Tentukan Objektif Kewangan Anda.

Jika anda berusia 60 tahun dan mencari aliran tunai untuk menjana persaraan anda yang bakal tiba, keutamaan anda adalah untuk menjana aliran pendapatan berbanding dengan pertumbuhan nilai aset yang besar.

Jika anda berusia 25 tahun dan mahu mula melabur, pertumbuhan modal merupakan keutamaan berbanding dengan aliran pendapatan.

Objektif kewangan anda akan menentukan sama ada anda berdagang saham cair atau tidak

Tentukan Paras Risiko Anda.

Tentukan paras risiko anda dan jenis pelaburan yang anda mampu lakukan untuk ditetapkan. Ingat, lebih tinggi pulangan yang anda mahu capai, lebih tinggi risikonya.

Paras Risiko Rendah

Saya tidak begitu selesa dengan risiko dan akan melabur dalam faedah tetap/sekuriti jaminan modal (bon kerajaan, deposit sementara bank).

Paras Risiko Sederhana

Saya boleh mengambil risiko sedehana jumlahnya (saham blue chip Perindustrian dan sektor Kewangan).

Paras Risiko Tinggi

Saya selesa dengan risiko. Saya mencari pulangan tinggi dan bersedia untuk menilai syarikat di awal fasa pertumbuhan mereka (syarikat sumber yang baru disenaraikan).

Bagaimana Anda Menjana Pelaburan?

Bagi kebanyakan daripada kita, kita tidak mempunyai akses segera kepada kumpulan simpanan sedia ada yang besar. Menggunakan ekuiti yang ada dalam harta tanah untuk menjana portfolio saham anda ialah pendekatan biasa.

Simpanan EPF juga ialah wadah efektif bagi menyediakan dana untuk pelaburan dan majoriti rakyat Malaysia mempunyai akses kepada dana ini.

Kebanyakan bank utama dan kumpulan insurans menawarkan kemudahan pinjaman margin. Di sinilah anda memulakan portfolio dengan simpanan, dan kemudian menggunakan portfolio ini sebagai sekuriti untuk meminjam dana selanjutnya untuk membeli lebih banyak saham.

Dalam kebanyakan hal, masalahnya bukan untuk mendapatkan dana bagi memulakan portfolio, tetapi mempunyai pengetahuan untuk melabur dengan yakin.