Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Peraturan Utama » Gunakan Strategi Pengurusan Risiko

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Gunakan Strategi Pengurusan Risiko

Peraturan Utama

Gunakan Strategi Pengurusan Risiko

Dalam mana-mana pelaburan, sama ada dagangan saham, harta tanah atau perniagaan, adalah penting bagi anda untuk memahami apakah risiko yang ada dan bagaimanakah meminimumkan pendedahan anda kepada risiko tersebut? Proses Ini dikenali sebagai "Pengurusan Risiko".

Tiga Elemen Pengurusan Risiko

Pelbagaikan Risiko Anda: Jangan Mengharapkan Hanya 1 Sumber Pelaburan

Menyebarkan risiko anda tidak semudah meletakkan semua pelaburan anda dalam satu sumber. Ini dinamakan mempelbagaikan portfolio anda.

Pelbagaikan modal anda agar tidak melebihi daripada 20% dalam saham tunggal.

Walau bagaimanapun, jangan terlalu ekstrem dan melabur terlalu banyak saham sekali gus. Anda tidak boleh mengharapkan dapat mengatasi pasaran jika portfolio anda sepadan dengan pasaran. Mengikut kebiasaannya, adalah dengan cara mengehadkan portfolio anda antara 5 dan 10 saham.

Rancang Penjualan Anda: Apakah Risiko yang Boleh Diterima?

Peniaga amatur membeli saham dan tumpuan mereka adalah untuk mengharapkan harganya meningkat. Jika turun, mereka terus memegangnya dengan harapan harga akan pulih. Apabila seorang profesional membeli saham, mereka menyedari bahawa kejayaan adalah satu kebarangkalian, bukan kepastian. Pada masa mereka memasuki perdagangan tersebut, mereka mewujudkan harga "Keluar Awal". Jika saham jatuh melepasi titik ini, pelabur yang bagus akan keluar dengan serta-merta dan tidak pernah menghadapi risiko kerugian yang besar.

Mengekalkan modal anda ialah asas kepada kejayaan perdagangan. Jika anda melabur dalam saham dan membuat kerugian besar, mustahil untuk anda terus mendapat keuntungan daripada pasaran saham. Setelah mengalami kerugian yang besar, anda kini perlu membuat keuntungan besar hanya untuk pulang modal. Kunci ke kejayaan perdagangan adalah dengan mengawal tahap kerugian.

Henti Kerugian: Jangan Pandu Tanpa Tali Pinggang

Isyarat kedua menjual ialah "Hentikan Rugi". Jejaki harga tertinggi yang dicapai oleh saham sejak pembelian. Jika saham jatuh sebanyak lebih daripada 10% daripada harga ini, inilah masa untuk menjual. Kami mencadangkan 10% - anda boleh menukarnya bergantung pada gaya dagangan anda. Terlalu kecil peratusan dan ia akan membawa anda keluar terlalu awal. Menetapkan peratusan yang terlalu besar dan anda memberi semula terlalu banyak keuntungan sebelum keluar. Mulakan dengan 10% dan kenalpasti keselesaan anda