Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Peraturan Utama » Pembangunan Pelan Dagangan Anda Sendiri

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Pembangunan Pelan Dagangan Anda Sendiri

Peraturan Utama

Pembangunan Pelan Dagangan Anda Sendiri

Dagangan ialah kira-kira kebarangkalian, bukan kepastian. Satu Pelan Dagangan menetapkan satu siri langkah yang memastikan kebarangkalian kejayaan yang lebih tinggi.

Pelan itu akan menetapkan garis panduan untuk:

  • Saham apa untuk dibeli
  • Bila membeli
  • Bila menjual

Struktur Pelan Dagangan Anda

Satu Pasaran Kukuh:

Sebelum membuat keputusan apa hendak dibeli, mula-mula tetapkan jika pasaran berada pada fasa yang positif. Jika Pasaran Komposit KL telah berada pada fasa negatif sejak beberapa minggu kebelakangan ini (atau lebih), la tidak mempunyai masa yang baik untuk memasuki pasaran jika majoriti saham sedang turun atau sisi, kebarangkalian untuk anda membeli saham yang akan meningkat dalam masa terdekat ini adalah tipis.

Satu Sektor Kukuh:

Setelah menunggu sehingga pasaran berada pada fasa pertumbuhan, tentukan sama ada terdapat mana-mana sektor yang menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dalam beberapa minggu yang lalu. lni ialah sektor yang mempunyai stok berprestasi baik dan semakin meningkat dalam harga.

Menilai saham dalam sektor-sektor yang kukuh dan menentukan ia berada dalam aliran meningkat, bermakna harga saham telah semakin naik sekurang-kurangnya dalam masa tiga bulan.

Saham ini akan layak sebagai mempunyai potensi untuk pertumbuhan berterusan kerana menjana sentimen pasaran yang positif. Jika mereka mempunyai mudah tunai yang mencukupi, anda boleh menambah mana-mana untuk portfolio kerana mengetahui bahawa anda boleh keluar dengan cepat pada bila-bila masa.

Strategi Keluar:

Mempunyai saham dipilih untuk dimasukkan ke dalam portfolio, anda kemudian perlu mempunyai Strategi Keluar sekiranya saham-saham ini menunjukkan tanda-tanda disebaliknya. Hanya dengan menetapkan harga Keluar Awal untuk memastikan bahawa saham-saham yang anda beli tidak merugikan.

lni ialah penerangan ringkas Pelan Dagangan. la memegang asas untuk memilih saham yang mempunyai potensi yang baik untuk meningkat dalam harga dan pengurusan risiko untuk melindungi modal anda. Ketiga-tiga bahan ini ialah kunci kepada kejayaan dalam perdagangan saham.