Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Peraturan Utama » Sentiasa berdagang mengikut Arah Aliran

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Sentiasa berdagang mengikut Arah Aliran

Peraturan Utama

Sentiasa berdagang mengikut Arah Aliran

Arah aliran ialah asas perdagangan. Jika harga saham naik, kita boleh membuat wang dengan membeli saham itu. Jika harga saham sedang jatuh, kita perlu melihat peluang-peluang lain. Adalah tidak masuk akal untuk membeli saham yang sedang jatuh. Matlamat kami sentiasa mudah - mencari saham dalam aliran meningkat dan mengambil sebahagian besar daripada pertengahan arah aliran.

Kekuatan Pasaran Menyeluruh

Adalah penting untuk melihat kedudukan keseluruhan pasaran. lni boleh diukur dengan melihat 500 saham terbaik, atau dikenali sebagai All Ordinaries. Jika All Ordinaries naik, ia disebabkan saham 500 terbaik telah meningkat dan pasaran Bangunkan Pelan Dagangan Anda Sendiri berada dalam aliran menaik.

Terdapat lebih 900 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang anda boleh melabur dalamnya. Untuk memeriksa setiap satunya akan mengambil masa yang sangat lama. Sebaliknya, anda berdagang mengikut arah aliran dan mencari sektor yang kukuh dalam pasaran.

Kekuatan Sektor Industri

Apakah Sektor?

Sektor ialah kumpulan syarikat yang terlibat dalam industri yang sama. Misalnya, syarikat-syarikat perlombongan dikumpulkan bersama-sama dalam sektor bahan manakala syarikat perbankan dalam sektor kewangan. Keseluruhan sektor biasanya dipengaruhi oleh keadaan ekonomi, oleh itu keseluruhan sektor cenderung menunjukkan arah aliran yang sama. Arah aliran tidak mempunyai peraturan ketat dan cepat, saham individu dalam sektor-sektor ini akan menunjukkan prestasi pada tahap yang berbeza.

Kekuatan Saham dalam Sektor

Walaupun peraturan umum pelabur baharu adalah untuk membeli dalam aliran meningkat, ada yang membeli semasa aliran menurun sebagai satu strategi. Ini ialah proses membeli lebih banyak saham ketika harga jatuh, maka kos purata saham dikurangkan dengan setiap pembelian. Pembelian saham murah ini merupakan strategi yang lebih berisiko kerana harga saham mungkin tidak pernah pulih. Kelemahan kedua ialah harga boleh jatuh sebelum stabil, bermakna pelabur mungkin perlu menunggu seketika sebelum pulih daripada kerugian atau membuat keuntungan. Dalam senario ini, modal yang boleh digunakan untuk perdagangan menguntungkan akan terbiar.

Tentangan terhadap perdagangan jenis ini bukan perkara baharu. Salah seorang peniaga terbesar abad yang lalu, Jesse Livermore menulis, "Pengalaman telah membuktikan kepada saya bahawa wang yang sebenar dibuat dalam spekulasi adalah komitmen dalam stok yang menunjukkan hak keuntungan dari awal."

Sekarang, anda perlu memahami bahawa perdagangan dengan arah aliran adalah penting uttuk kejayaan. Juga, objektif kita adalah tidak pernah membeli di bahagian bawah atau menjual di bahagian atas arah aliran. Kita hanya ingin mengambil sebahagian besar daripada tengah-tengahnya. Biarkan arah aliran menjadi rakan anda.