Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Asas Pelaburan » Mengapakah Melabur dalam Saham?

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Mengapakah Melabur dalam Saham?

Asas Pelaburan

Mengapakah Melabur dalam Saham?

Melabur menjadikan wang anda bekerja untuk anda dengan menjadikan wang anda menjana lebih banyak wang. Melabur dalam saham telah terbukti secara konsisten menjadi satu daripada bentuk pelaburan paling menguntungkan.

Faedahnya termasuklah:

  • Beli/Jual serta-merta supaya anda boleh menjual sebahagian daripada pelaburan anda pada bila-bila masa. Kos transaksi amat rendah.
  • Kebebasan untuk bekerja di tempat sendiri, mengikut rentak dan masa sendiri.
  • Pemantauan mudah - log masuk ke pasaran dari mana-mana tempat di dunia.
  • Boleh memaksimumkan pulangan sambil menyebarkan risiko anda.
  • Bentuk pelaburan yang boleh dijangka jika anda tahu apa yang dilakukan.
  • Anda mempunyai kawalan dan membebaskan anda daripada yuran pengurusan dana.
  • Kelebihan cukai yang berpatutan.

Perkara perlu diberi perhatian:

  • Pasaran boleh menjadi tempat yang meruap.
  • Anda perlu mendapatkan pengetahuan tentang apa yang dilakukan.
  • Anda mesti memantau pelaburan anda.
  • Anda mesti belajar kaedah untuk memasuki dan keluar pasaran pada isyarat masuk dan keluar.

Bolehkah Orang Biasa Mendapat Keuntungan daripada Pasaran Saham?

Ramai yang berkata "Saya ingin memasuki pasaran saham" atau "Jika saya ada wang lebih, saya akan melabur dalam saham". Ramai juga yang percaya bahawa untuk membuat keuntungan daripada pasaran saham, anda perlulah sedia kaya, menjadi pedagang pelaburan sepenuh masa atau menjadi seorang yang bijak dalam kewangan.

Tidak semestinya.

Mari kita lihat tiga (3) senario berbeza tentang orang biasa di pasaran saham dan bagaimana keadaan mereka. Ini akan membolehkan kita melihat bagaimana proses ini berjalan, pendekatan berbeza dan bagaimana pulangan dijana.

Senario 1

John bekerja di kilang pembuatan dengan berpendapatan RM33,000 setahun. Selepas perbelanjaan sewa,sara hidup dan peribadi, John dapat menyimpan RM1,500 dalam masa enam bulan dan beliau mahu laburkan dalam pasaran saham. John membeli 1,600 saham dalam ABC Mining pada harga RM0.90 sesaham (RM1,440). Beliau juga membayar RM32.95 untuk yuran pembrokeran bagi pembelian saham berkenaan. Keseluruhannya, John telah melabur sebanyak RM1,472.95.

Enam bulan kemudian, John mengambil keputusan untuk menjual sahamnya. Beliau telah memantau prestasi ABC Mining dan telah meningkat kepada RM1.19 sesaham. John menjual sahamnya pada harga RM1,904. Beliau juga membayar RM32.95 untuk yuran pembrokeran bagi penjualan sahamnya, menjadikannya sebanyak RM1,871.05. Keuntungan ialah sebanyak RM398.10.

RM398.10 mungkin tidak kedengaran sebagai jumlah yang banyak, tetapi harus diingat bahawa John hanya melabur sebanyak RM1,472.95 untuk enam bulan. Oleh itu dia tidak akan mendapat pulangan yang besar. Namun begitu, John telah membuat keuntungan sebanyak 27%, yang lebih baik daripada jumlah yang akan didapatinya dengan meletakkan wang ke dalam akaun simpanan.

Senario 2

May dan Chong mempunyai pekerjaan profesional sepenuh masa. Kedua-duanya berpendapatan sebanyak RM120,000 setahun. Selepas bayaran semula gadai janji , pembayaran sara hidup dan peribadi, May dan Chong berupaya untuk menyimpan RM5,000 dan kini mereka mahu laburkan dalam pasaran saham. Mereka membeli 1,500 saham dalam AAA Steel pada harga RM1.48 sesaham (RM2,220) dan 1,500 saham dalam XY Manufacturing pada RM1.33 sesaham (RM1,995). Mereka juga membayar yuran pembrokeran sebanyak RM65.90 bagi dua transaksi itu. Jumlah yang dibelanjakan adalah sebanyak RM4,280.90.

Dalam masa 12 bulan kemudian, saham AAA Steel telah meningkat kepada RM2.60 sesaham dan saham XY Manufacturing telah bergerak kepada hanya RM1.38 sesaham. May dan Chong menjual saham mereka pada jumlah RM5,970. Mereka membayar yuran pembrokeran sebanyak RM65.90 dan tinggal sebanyak RM5904.10. Pelaburan awal mereka ialah sebanyak RM4,280.90. Oleh itu, mereka telah membuat keuntungan sebanyak RM1,623.20.

Senario 3

Aminah ialah seorang pesara, memiliki rumah sendirl dan memperoleh pendapatan selesa daripada beberapa pelaburan jangka panjang. Aminah mahu melabur sebanyak RM15,000 yang telah dikhaskannya untuk membeli saham.

Aminah memilih portfolio 5 syarikat dan berhasrat untuk melabur sebanyak RM3,000 dalam setiap satu. Aminah membeli 3,333 saham dalam ABC Mining pada RM0.90 sesaham (pelaburan sebanyak RM2,999.70). Dia juga membeli 2,027 saham dalam AAA Steel pada RM1.48 sesaham (RM2,999.96) dan 2,255 saham dalam XY Manufacturing pada RM1.33 sesaham (RM2,999.15). Bagi melengkapkan portfolionya, Aminah membeli sebanyak 2,912 saham lagi dalam MM Multimedia pada RM1.03 sesaham (RM2,999 .36) dan 3,000 saham dalam BB Furniture pada RM1.00 sesaham (RM3,000).Aminah juga membayar yuran pembrokeran sebanyak RM164.75 bagi pembelian saham berkenaan. Keseluruhannya, Aminah telah melabur sebanyak RM15,162.92.

Dua belas bulan kemudiannya, Aminah menjual saham-sahamnya. Empat daripada sahamnya telah meningkat dari segi nilai tetapi BB Furniture telah jatuh RM0.95 sesaham. ABC Mining naik kepada RM1.19 sesaham dan memberi pulangan RM3,966.27. AAA Steel naik kepada RM2.60 sesaham dengan pulangan RM5,270.20. XY Manufacturing naik kepada RM1.38 sesaham dengan memberi pulangan RM3,111.90. MM Multimedia naik kepada RM1.09 sesaham dengan pulangan RM3,174.08. BB Furniture jatuh kepada RM0.95 sesaham dan memberi pulangan RM2,850. Secara keseluruhannya, saham Aminah memberikan pulangan RM18,372.45 ditolak RM164.75 untuk pembrokeran. Ini memberikan sejumlah RM18,207.70,dengan keuntungan diperoleh sebanyak RM3,044.78.