Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Asas Pelaburan » Bila Mahu Membeli dan Menjual

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Bila Mahu Membeli dan Menjual

Asas Pelaburan

Bila Mahu Membeli dan Menjual

Salah satu daripada faedah melabur dalam pasaran saham ialah anda boleh melakukannya selepas waktu dagangan. Bursa Malaysia dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, sekali lagi dari pukul 2.30 hingga 5.00 petang, tetapi anda boleh membuat penyelidikan dan membuat tempahan di luar waktu ini.

Oleh itu, katakan anda bekerja seharian dan hanya mempunyai waktu lapang pada sebelah petang dan hujung minggu. Pada waktu petang anda akan mengkaji apa yang berlaku di pasaran pada hari itu dan membuat keputusan bagaimana untuk Memahami Indeks berurus niaga pada hari esoknya. Jika anda terlepas beberapa malam pada minggu itu, anda boleh melakukan analisis pada hujung minggu.

Terdapat dua cara untuk membuat tempahan pembelian atau penjualan:

Tempahan Pasaran

Anda boleh membuat tempahan "di pasaran" pada waktu dagangan. Jika anda melakukan penyelidikan selepas waktu dagangan, anda akan membuat tempahan melalui broker anda sebaik sahaja pasaran dibuka keesokan harinya. Pembelian akan dibuat pada harga "di Pasaran", yang mungkin berbeza daripada harga yang anda temui ketika membuat penyelidikan pada malam sebelumnya

Tempahan Had

Kelebihan tempahan "Pada Had" ialah anda menetapkan harga maksimum anda akan membeli atau harga minimum anda akan menjual saham itu. Oleh itu, jika anda telah melakukan penyelidikan pada sebelah petang dan membuat keputusan bahawa jumlah paling banyak yang anda akan bayar untuk saham adalah sebanyak RM1.20, kemudiannya anda membuat tempahan "Pada Had" bagi 100 saham pada harga RM1.20. Jika broker anda boleh mendapatkan saham pada harga RM1.20, mereka akan membelinya untuk anda. Jika tidak, mereka tidak akan membuat dagangan tersebut.

Amalan ini agak baik jika anda mahu mengawal jumlah yang anda laburkan. Kelebihan lain bagi pembelian "Pada Had" ialah anda boleh membuat tempahan beli/jual di luar waktu pasaran. Oleh itu, keperluan perniagaan dagangan saham anda tidak akan mengganggu kerja anda pada waktu siang.