Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Asas Pelaburan » Memahami Pasaran Saham

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Memahami Pasaran Saham

Asas Pelaburan

Memahami Pasaran Saham

Pasaran saham ialah tempat saham dalam syarikat dibeli dan dijual, memberikan syarikat pilihan untuk mengakses modal, dan peluang kepada pelabur untuk memiliki saham dalam sebuah syarikat, dan menikmati potensi keuntungan daripada prestasi syarikat pada masa hadapan.

Pasaran saham menawarkan orang ramai kemampuan untuk menjana aliran pendapatan berasingan selain pekerjaan harian mereka, atau aliran pendapatan yang lebih besar daripada deposit simpanan tradisional. Walau bagaimanapun, sebelum anda berfikir untuk membeli dan menjual saham, anda mestilah tahu asas-asas pasaran saham dan dagangan.

Pelabur kali pertama boleh keliru kerana istilah yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai fungsi pasaran. la tidak memerlukan masa yang panjang untuk dipelajari. Klik di sini untuk terma dagangan asas anda. Secara kebetulan, satu kekeliruan biasa adalah mengenai istilah "stok" dan "saham". Sebenarnya, kedua-duanya ialah perkara yang sama yang boleh digunakan secara bersilih ganti.

Peranan Bursa Malaysia

Anda hanya boleh melabur dalam saham melalui bursa saham, tempat pasaran yang teratur, tempat saham dijual dan dibeli mengikut peraturan, undang-undang dan garis panduan yang ketat. Bursa saham Malaysia dikenali sebagai Bursa Malaysia. Bursa Malaysia mempunyai lebih daripada 900 syarikat disenaraikan yang menawarkan pilihan pelaburan yang luas kepada pelabur tempatan dan global. Syarikat-syarikat disenaraikan sama ada di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities atau Pasaran ACE.

Mengumpul Modal di Pasaran Saham

Pasaran Saham diwujudkan oleh syarikat yang berhasrat untuk mengumpul modal bagi perniagaan mereka. Apabila seseorang berkata mereka mempunyai syarikat yang disenaraikan bermaksud mereka disenaraikan di Bursa Malaysia. Semua syarikat memerlukan wang tunai untuk mendapatkan kelebihan daripada peluang pertumbuhan. Walau bagaimanapun, banyak syarikat permulaan yang mendapati mereka kekurangan modal untuk menampung perkembangan syarikat. Satu cara untuk memperoleh wang tunai adalah dengan mengapungkan syarikat secara awam. Ini melibatkan aktiviti menjual sebahagian syarikat kepada pelabur individu swasta dan institusi yang kemudiannya boleh membuat tukaran saham ini secara bebas di pasaran terbuka. Membeli saham dalam sebuah syarikat yang disenaraikan di pasaran saham dibuat melalui Tawaran Awam Permulaan atau IPO.

Apabila IPO diterbitkan, anda boleh menghubungi syarikat (telefon,faks atau e-mel) bagi satu salinan Prospektus dan menyelesaikan permohonan untuk peruntukan saham; atau anda juga boleh menunggu sehingga syarikat itu diapungkan dan membeli saham di pasaran terbuka. Selain Bursa Malaysia, broker-broker saham juga mempunyai maklumat berkenaan dengan Tawaran Awam Permulaan.

Syarikat-syarikat yang telah pun disenaraikan juga boleh mengumpul wang tambahan di pasaran saham dengan menawarkan kepada pemegang saham sedia ada peluang untuk membeli lebih banyak saham dalam syarikat. Contohnya, sebuah syarikat disenaraikan yang mahu meningkatkan modal tambahan mungkin menerbitkan satu saham baharu pada harga 5 sen setiap satu bagi setiap tiga saham yang dimiliki pelabur sedia ada.

Apabila anda membeli satu saham dalam syarikat, anda memiliki sebahagian syarikat. Apabila syarikat membuat keuntungan, anda berkongsi keuntungan dalam bentuk dividen. Kebiasaannya, jumlah saham yang telah diterbitkan, yang digandakan dengan harga saham akan memberikan kita nilai sesebuah syarikat itu.