Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Asas Pelaburan » Memahami Indeks

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Memahami Indeks

Asas Pelaburan

Memahami Indeks

Indeks pasaran saham ialah nombor tunggal yang dikira daripada harga banyak saham berbeza. Indeks juga dinamakan indices apabila bercakap tentang lebih daripada satu Indeks. Indeks digunakan sebagai penanda aras prestasi saham bagi portfolio seperti dana mutual.

Sesetengah dana pelaburan (dana Indeks) menguruskan portfolio mereka agar prestasinya mencerminkan (menjejak i) prestasi Indeks pasaran atau sesuatu sektor bagi pasaran saham.

Contohnya, apabila anda mendengar Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi Januari hingga Disember 2005 meningkat sebanyak 3.0% kepada 109.1 berbanding dengan 105.9 dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Ini memberitahu anda bahawa perubahan dalam harga runcit yang dibayar oleh isi rumah bagi barang dan perkhidmatan meningkat dalam tempoh berkenaan. CPI direka bentuk untuk menyediakan ukuran luas bagi perubahan dalam harga runcit.

Indeks ialah instrumen yang membolehkan pelabur mengukur prestasi kumpulan saham daripada pasaran yang ditentukan. la boleh membentuk penanda aras bagi portfolio yang diurus secara aktif atau pasif meliputi sesuatu pasaran. Yang menjadi sebahagian daripada Indeks juga ialah simbol status bagi syarikat konstituen, dan dagangan bagi saham konstituen sudah tentu menyokong harga saham. Indeks juga membolehkan pewujudan produk pelaburan yang memberikan pelabur pendedahan pada pasaran atau kumpulan saham yang boleh membantu pasaran apabila terdapat halangan terhadap pelaburan.

Indeks pasaran saham boleh dikelaskan dalam pelbagai cara. Indeks yang mempunyai asas luas mewakili prestasi keseluruhan pasaran saham - dan membayangkan perasaan pelabur terhadap ekonomi. Indeks pasaran yang sering disebut ialah Indeks asas luas yang terdiri daripada saham-saham syarikat besar yang disenaraikan di bursa-bursa saham terbesar negara seperti American Dow Jones Industrial Average dan lndeks S&P 500, FTSE 100 Britain, CAC 40 Perancis, DAX Jerman, dan Nikkei 225 Jepun.

Kegunaan Indeks

Indeks saham telah berkembang dalam 20 tahun lepas untuk menjadi lebih daripada petunjuk ekonomi (barometer pasaran) dan dengan perkembangan yang semakin pesat dalam pasaran kewangan, lebih banyak fungsi teknikal Indeks telah dibawa ke hadapan.

Indeks saham digunakan oleh pelabur dan pengurus dana sebagal satu daripada instrumen yang banyak untuk menilai prestasi pasaran saham. Permohonan bagi Indeks kini lebih meluas termasuklah penggunaan Indeks sebagai penanda aras bagi perbandingan portfolio pelabur dan sebagai komponen asas bagi produk kewangan, contohnya Dana Didagangkan Bursa (ETFs) dan derivatif.

Indeks Bursa Malaysia

Indeks Bursa Malaysia sedia ada dikira dengan menggunakan kaedah berwajaran permodalan.

Permodalan pasaran bermaksud jumlah nilai saham syarikat disenaraikan berasaskan harga pasaran semasa. Oleh itu, syarlkat yang lebih besar diberikan kewajaran yang lebih berbanding dengan syarikat kecil.