Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Asas Pelaburan » Memahami FTSE

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Memahami FTSE

Asas Pelaburan

Memahami FTSE

Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia

Bursa Malaysia Bhd. dan FTSE Group bergabung kekuatan pada tahun 2005 untuk melancarkan Siri lndeks FTSE Bursa Malaysia, suatu set indeks boleh dagang dan penanda aras. Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia direka bentuk untuk mewakili prestasi syarikat, menyediakan pelabur dengan set indeks yang komprehensif dan saling melengkapi, yang mengukur prestasi modal utama dan segmen industri bagi pasaran Malaysia dan serantau.

FTSE menerima pakai standard pembinaan indeks antarabangsa yang telus. Saham perlu melepasi syarat keperluan asas FTSE untuk dimasukkan ke dalam indeks. Asas reka bentuk indeks adalah seperti yang berikut:

  1. Boleh labur
    Semua saham adalah purataan apungan bebas untuk mewakili secara tepat saham yang boleh didapati untuk pelaburan. Pemegangan saham strategik seperti oleh Pengarah dan Keluarga Pengasas, Kerajaan, Pemegang Silang oleh syarikat berkaitan dan Pemegang yang tertakluk pada klausa terkunci akan dikecualikan daripada penapisan apungan bebas.
  2. Boleh dagang
    Semua saham ditapis kecairannya untuk memastikan ketersediaan saham dan kemudahan dagangan.
  3. Ketelusan
    Satu set Peraturan Asas yang jelas dan boleh diramal, menyediakan ketelusan dan memudahkan pemahaman dan jangkaan terhadap pengurusan siri indeks.
Kini, salasilah syarikat terdiri daripada:
  1. FTSE Bursa Malaysia KLCI Index
  2. FTSE Bursa Malaysia EMAS Index
  3. FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index
  4. FTSE Bursa Malaysia Top 100 Index
  5. FTSE Bursa Malaysia Small Cap Index
  6. FTSE Bursa Malaysia Fledgling Index
  7. FTSE Bursa Malaysia EMAS Shariah Index
  8. FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah Index
  9. FTSE Bursa Malaysia ACE Index
  10. FTSE Bursa Malaysia Palm Oil Plantation Index
  11. FTSE Bursa Malaysia Asian Palm Oil Plantation Index (USD)
  12. FTSE Bursa Malaysia Asian Palm Oil Plantation Index (MYR)

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia.