Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Asas Pelaburan » Jenis-jenis Saham

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Jenis-jenis Saham

Asas Pelaburan

Jenis-jenis Saham

Apakah jenis saham yang ada?

Saham biasa
Apabila anda membeli saham biasa, anda memiliki saham syarikat. Ini membolehkan anda menerima keuntungan daripada operasi syarikat dalam bentuk dividen. Pada mesyuarat agung tahunan (juga dirujuk sebagai AGM), anda mempunyai hak mengundi. Saham biasa ialah apa yang dimulakan untuk berdagang, dan kebanyakan pedagang tidak meneroka lebih jauh daripada ini.

Walau bagaimanapun, terdapat jenis sekuriti lain iaitu:

Saham Keutamaan
Saham keutamaan berbeza daripada saham biasa. Pemegang saham keutamaan menerima dividen sebelum dividen bagi saham biasa diumumkan. Jika syarikat dibubarkan, pemegang saham keutamaan berada di atas pemegang saham biasa dalam pengedaran aset. Saham keutamaan sering mempunyai kadar dividen tetap
Terbitan Bonus
Ini adalah saham terbitan percuma kepada pemegang saham berdasarkan kepada bilangan saham yang telah dimiliki.
Terbitan Hak
Terbitan hak boleh diberikan kepada pemegang saham untuk membeli saham dalam syarikat, biasanya di bawah harga pasaran
Derivatif
Terdapat juga sekuriti lain yang boleh anda dagangkan di pasaran yang mendapat harganya daripada saham induk. Terdapat dua jenis - Pilihan dan Waran - dan kedua-duanya secara kolektif dikenali sebagai Derivatif.

Terdapat dua pihak yang terlibat dalam kontrak pilihan, penaja atau penjual dan pengambil atau pembeli. Penaja menaja pilihan dan mempunyai tanggungjawab untuk menerima atau menghantar saham-saham. Pengambil mempunyai hak, tetapi tidak bertanggungjawab untuk membeli atau menjual saham.

Terdapat banyak kelebihan bagi dagangan pilihan, yang paling sedikit ialah keumpilan. Suatu pilihan boleh dibeli dan dijual bagi suatu pecahan harga saham, memberikan kesan pulangan lebih tinggi (atau rugi) ke atas pelaburan bagi pergerakan harga saham.

Waran
Waran, sebagai pilihan, mendapatkan harganya daripada sekuriti induk. Walau bagaimanapun, waran diterbitkan oleh bank dan institusi kewangan lain dan diklasifikasikan berasaskan sama ada mereka mempunyai tujuan pelaburan atau dagangan.

Waran mungkin boleh diterbitkan ke atas sekuriti, portfolio sekuriti, indeks harga saham, mata wang atau komodlti.