Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Asas Pelaburan » Peranan Broker

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Peranan Broker

Asas Pelaburan

Peranan Broker

Bagi membeli atau menjual saham di Bursa Malaysia, anda perlu menggunakan broker yang berdaftar yang menjadi ahli Bursa Malaysia. Anda tidak boleh berurus niaga secara terus dengan Bursa Malaysia kerana hanya broker yang mempunyai akses terus kepada pasaran.

  • Broker bertindak sebagai agen anda - sama seperti agen harta tanah yang menjual rumah anda.
  • Beliau mendapat komisen daripada nilai saham yang anda dagangkan - sama seperti agen harta tanah mendapat komisen daripada pembelian dan penjualan rumah.
  • Broker juga boleh terlibat dalam penyenaraian sebuah syarikat baharu dengan menaja jamin apungan dan memasarkan apungan kepada kumpulan pelanggannya.

Terdapat banyak broker yang boleh dipilih klik di sini bagi senarai semua broker.