Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Asas Pelaburan » Membaca Laporan Pasaran

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Membaca Laporan Pasaran

Asas Pelaburan

Membaca Laporan Pasaran

Sebagai pedagang saham, anda akan mula memberikan perhatian kepada seksyen perniagaan dalam akhbar tempatan. Kebanyakannya memaparkan seksyen tentang harga Pasaran Saham pada penutup hari sebelumnya. Dalam seksyen ini, anda akan menemui pemerihalan berkenaan:

Reading Market Reports
Tinggi Tahun Ini harga tertinggi bagi sesuatu saham bagi tahun itu.
Rendah Tahun Ini harga terendah bagi sesuatu sahama bagi tahun itu.
Kod Saham sistem pernomboran unik untuk mengenal pasti sesuatu saham.
Kaunter Saham saham-saham disenaraikan di Bursa Malaysia.
Tutup (Penutup) harga penutup bagi sesuatu saham bagi sesuatu hari dagangan.
+/- simbol bagi kenaikan atau penurunan harga saham bagi sesuatu hari.
+/-% simbol bagi peratusan kenaikan atau penurunan harga saham.
Lot Didagangkan saham yang biasanya didagangkan di lot papan 100 unit; lot didagangkan akan memberitahu anda jumlah lot didagangkan pada sesuatu hari.
Tinggi Hari harga tertinggi bagi saham pada hari dagangan berkenaan.
Rendah Hari harga terendah bagi saham pada hari dagangan berkenaan.
Hasil Dividen hasil dividen ialah kaedah untuk menilai saham; ia dikira seperti
Dividen Tunai setiap Saham = Hasil Dividen
Harga Saham Pasaran
Nisbah P/E (Nisbah Harga/Perolehan) Maklumat yang diperoleh daripadanya akan membolehkan anda membuat perbandingan prestasi sesebuah syarikat dengan industri, dan pada satu tempoh dengan tempoh yang lain. Formulanya:
Harga Pasaran Semasa = Nisbah P/E
Perolehan Setiap Saham
Perolehan Setiap Saham jumlah perolehan sesebuah syarikat berpunca daripada setiap saham biasa syarikat itu.
M Cap(Pemodalan Pasaran) Ini menunjukkan jumlah nilai saham syarikat disenaraikan berasaskan harga pasaran semasa; dikira sebagai:

Harga Pasaran Saham x Bilangan Saham Diterbitkan

NTA setiap Saham ini menunjukkan nilai aset yang menyokong saham sesebuah syarikat; dikira dengan
Aset bersih syarikat
Bilangan saham biasa di dalamnya

Membaca seksyen prestasi pasaran saham dalam akhbar ialah perkara yang mudah dilakukan. Anda hanya perlu melakukannya beberapa kali sehinggalah anda selesa dengannya.