Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Pendidikan » Asas Pelaburan » Pembelian dan Penjualan Saham

Pendidikan

Pelajarilah bagaimana untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Sama ada anda masih baharu atau seorang pakar, anda boleh memperoleh maklumat berguna, tip dan idea untuk melabur dalam bahagian ini.

Pembelian dan Penjualan Saham

Asas Pelaburan

Pembelian dan Penjualan Saham

Apabila memikirkan pembelian dan penjualan saham, mungkin membimbangkan bagi seseorang yang baru bermula, namun ia agak mudah dan akan menjadi lebih senang apabila anda berlatih. Satu perkara penting untuk diketahui ialah anda perlu melalui broker untuk membeli dan menjual saham. Hanya broker berlesen yang boleh berurusan terus dengan pasaran saham.

Menggunakan Broker

Selain membuat pembelian, broker juga boleh menasihatkan anda tentang pembelian yang anda buat. Walau bagaimanapun, anda tidak sepatutnya bergantung pada mereka bagi pengetahuan pasaran, anda mestilah melakukan penyelidikan sendiri untuk berjaya di pasaran.

Klik di sini bagi senarai broker. Secara alternatifnya, anda boleh mencari sendiri melalui cadangan rakan-rakan.

Membeli dan Menjual Secara Dalam Talian

Broker dalam talian mengambil komisen yang kurang daripada broker lain, menjadikan dagangan dalam talian suatu alternatif yang menguntungkan. Dagangan dalam talian tidak didatangkan dengan nasihat pakar tetapi biasanya didatangkan dengan kemas kini pasaran secara langsung supaya anda boleh menjejaki pembelian dalam talian anda dan menjadi pakar.

Buying and Selling Online