Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Bon » Dagangan » Transaksi Dagangan

Bon

Bon adalah pendapatan tetap sekuriti yang dikeluarkan kepada pemberi pinjaman jangka panjang, dengan tarikh matang. Mereka memberi pulangan dalam bentuk pembayaran berkala yang tetap.

Transaksi Dagangan

Dagangan

Transaksi Dagangan

Peserta ahli boleh menjalankan transaksi melalui tiga (3) jenis fungsi, iaitu:

  1. Padanan Tempahan
    Padanan tempahan merujuk padanan dagangan serupa yang dibuat oleh pembeli dan penjual dalam kumpulan yang secara automatik akan memadankan tempahan dalam kumpulan mengikut mekanisme padanan dengan satu set prinsip padanan yang telah ditentukan lebih awal. Apabila telah dipadankan, satu pengesahan akan dihantar secara automatik kepada kedua-dua pihak.
    Jenis-jenis Transaksi
    1. Outright Buy and Sell (OBS)
    2. Dagangan OBS ialah apabila bon dibeli atau dijual mengikut terma dan syarat standard yang dinyatakan dalam persekitaran dagangan bon biasa
    3. When Issued (WI)
    4. Dagangan WI berlaku pada tarikh pengumuman tender bagi semua instrumen bon selepas pewujudan saham, didagangkan sama ada pada harga atau hasil, dan dagangan diteruskan sehingga keputusan tender diumumkan kepada pasaran
  2. Rundingan Dagangan
    Ini ialah proses apabila pedagang mengiklankan sebut harga kepada peserta terpilih. Pihak berkenaan mungkin akan memberikan respons kepada sebut harga yang diiklankan dan dirundingkan secara elektronik dengan pemula untuk mencapai harga/volum yang disukai dan dipersetujui.
    Jenis-jenis Transaksi
    1. Outright Buy and Sell
    2. When Issued
    3. Repo / Sell and Buy Back (SBBA)
  3. Pelaporan Dagangan
    Satu fungsi untuk melaporkan apa-apa dagangan yang dilakukan antara pembeli dengan penjual yang telah didagangkan di luar sistem. Sistem ini membenarkan pihak yang terlibat dalam dagangan luar pasaran untuk melaporkan semua transaksi dengan serta-merta, tidak kira sama ada satu atau kedua-dua pihak transaksi itu ialah peserta ahli, sama ada untuk akaun sendiri atau pelanggan.