Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Bon » Produk » Disenaraikan di bawah Rejim Dikecualikan » Gambaran Keseluruhan

Bon

Bon adalah pendapatan tetap sekuriti yang dikeluarkan kepada pemberi pinjaman jangka panjang, dengan tarikh matang. Mereka memberi pulangan dalam bentuk pembayaran berkala yang tetap.

Gambaran Keseluruhan

Produk

Disenaraikan di bawah Rejim Dikecualikan: Gambaran Keseluruhan

Dalam usaha menggalakkan pasaran pendapatan tetap di samping meningkatkan keluasan dan kedalaman pilihan pelaburan dalam pasaran modal Malaysia, Bursa Malaysia menawarkan platform senarai bagi sukuk dan sekuriti hutang dikenali sebagai Rejim Dikecualikan.

Rejim Dikecualikan diperkenalkan pada Disember 2008. lni ialah lnisiatif secara kolektif oleh pengawal selia dan kerajaan Malaysia bertujuan untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah hab pusat kewangan Islam di bawah payung Malaysian International Islamic Financial Centre (“MIFC”). Oleh itu, Syarat Keperluan Penyenaraian (“LR”) telah ditingkatkan untuk memperkenalkan satu rangka kerja bagi penyenaraian sukuk dan sekuriti hutang di Bursa.

Apakah Rejim Dikecualikan?

Di bawah “Rejim Dikecualikan”, sukuk atau sekuriti hutang disenaraikan di Pasaran Utama tetapi tidak akan disebut harga dan didagangkan di Bursa. la merupakan platform shelf-lifting bagi tujuan kebolehlihatan dan pemprofilan. Dagangan akan berlaku atas dasar "Over-the-Counter" (OTC).

Siapakah yang boleh disenarai?

Sebelum ini, hanya penerbit yang disenaraikan dalam Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Berhad, boleh memohon untuk menyenaraikan sekuriti hutangnya di Bursa. Kini, penerbit disenaraikan dan tidak disenaraikan boleh memohon untuk menyenaraikan sukuk dan/atau sekuriti hutang mereka di Bursa. Mereka tertakluk pada syarat kelayakan oleh SC.

Mengapakah Disenaraikan?

Platform ini menyediakan ruang bagi penerbit yang berhasrat untuk memperoleh status penyenaraian bagi terbitan mereka. Sukuk dan sekuriti hutang yang disenaraikan akan mempunyai kebolehlihatan dan ketelusan yang lebih tinggi dengan pendedahan maklumat yang dibuat kepada Bursa dan awam. Penyenaralan juga berguna bagi pemprofilan penerbit. Oleh itu, ia akan menarik pelaburan daripada segmen yang lebih luas dalam kalangan pelabur institusl dan bernilai bersih tinggi.

Disenaraikan di bawah Rejim Dikecualikan

Disenaraikan di bawah Rejim Dikecualikan
Jenis penerbit Penerbit disenaraikan dan tidak disenaraikan
Jenis terbitan Semua jenis terbitan
Tempoh Terbitan dengan tempoh lebih dari 1 tahun
Matawang RM dan bukan RM Sukuk dan/atau sekuriti hutang
Matawang
  • Proses kelulusan cepat
  • Syarat keperluan penyenaraian mudah dan jelas
  • Bursa adalah ruang pelaburan patuh Syariah yang diiktiraf
  • Keupayaan penyenaraian merentasi sempadan secara automatik
Yuran Dikenakan
  • Yuran Penyenaraian Awal: RM3,000
  • Yuran Penyenaraian Tahunan: RM2,000
Nota: Semua yuran dikira mengikut setiap program
Kelulusan Undang-undang
  • Terbitan: Securities Commission Malaysia
  • Penyenaraian: Bursa Malaysia
Rujukan
  • Bab 4B Syarat Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysiat
  • Bahagian B Nota Amalan 26-A (PN26-A)

Bursa telah mendapat kelulusan untuk mempamerkan harga tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di bawah subseksyen 9(7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. Sehubungan dengan itu, setiap yuran, caj atau jumlah yang perlu dibayar kepada Bursa Malaysia Securities Berhad yang ditetapkan di atas tidak termasuk GST contohnya, harga perlu dibayar tidak termasuk GST.

6% GST boleh dibayar ke atas semua yuran,caj atau jumlah yang boleh dibayar (kecuali sebaliknya ditetapkan oleh Bursa Malaysia Securities Berhad menurut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014),dan akan dibilkan dalam invois cukai yang dikeluarkan berkaitan dengan yuran, caj atau jumlah perlu dibayar tersebut.

Bilakah hendak disenaraikan?

Seorang penerbit boleh menghantar permohonan secara praterbitan atau pascaterbitan. Bagi penghantaran praterbitan, penerbit boleh menghantar permohonan penyenaraian kepada Bursa pada masa yang sama ia menghantar permohonan untuk kelulusan kepada Suruhanjaya Sekuriti. Walau bagaimanapun, kelulusan Bursa untuk penyenaraian, jika dibenarkan, adalah tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti yang dibenarkan.

Senarai penuh sukuk/bon Rejim Dikecualikan

Sila klik di sini untuk senarai penuh sukuk/bon di bawah senarai Rejin Dikecualikan.