Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文
File not found in location specified

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Sekuriti » Bon » Produk » Bon Didagangkan Bursa dan Sukuk (ETBS)

Bon

Bon adalah pendapatan tetap sekuriti yang dikeluarkan kepada pemberi pinjaman jangka panjang, dengan tarikh matang. Mereka memberi pulangan dalam bentuk pembayaran berkala yang tetap.

Bon Didagangkan Bursa dan Sukuk (ETBS)

Produk

Bon Didagangkan Bursa dan Sukuk (ETBS)

ETBS Banner

Penerbit

DanaInfra Nasional Berhad

DanaInfra Nasional Berhad (0400GA)- RM300.0 million in nominal value, 10‐year Exchange Traded Sukuk

Download

DanaInfra Nasional Berhad (0400GB) - RM100.0 million in nominal value, 15‐year Exchange Traded Sukuk

Download

Broker

Video

Getting Started with ETBS
3:39 mins

Muat Turun

Advanced ETBS Tutorial
943 KB (PDF)

Brochures
English | Bahasa Malaysia | Chinese
396 KB   | 363 KB   | 313 KB (PDF)

The Marketplace:
"New Sukuk Asset Class Launches on Bursa Malaysia"

1.076 MB (PDF)

Bon/Sukuk sentiasa dilihat sebagai kelas aset untuk dilindungi nilai apabila pasaran adalah bearls dan adalah cara untuk membangunkan pendapatan yang stabil bagi banyak tahun . Walau bagaimanapun, sebelum ini, pasaran bon/sukuk hanya boleh diperoleh daripada pelabur yang mempunyai nilai yang tinggi serta pelabur institusi.

Kini dengan ETBS, semua pelabur boleh mengakses pasaran bon/sukuk dengan mudah. melalui pasaran saham.

DanaInfra Notice

 

 

Notice of 3rd DanaInfra Retail Sukuk

 

 

DanaInfra Knowledge Pack

 

 

DanaInfra Retail Sukuk Knowledge Pack

 

 

Apakah ETBS

ETBS ialah sekuriti pendapatan tetap, juga dikenali sebagai bon atau sukuk, yang disenaraikan dan didagangkan di pasaran saham. ETBS diterbitkan sama ada oleh syarikat atau kerajaan (penerbit) untuk mengumpulkan dana bagi keperluan mereka. ETBS mempunyai struktur berbeza seperti kadar tetap, kadar apungan dan hibrid.

* Sukuk merujuk kepada terbitan yang mematuhi prinsip Syariah

Mengapa Melabur dalam ETBS??

Berikut adalah beberapa sebab mengapa perlu melabur dalam ETBS:

  1. Kefleksibelan dan Kemudahan Dagangan: ETBS didagangkan di Bursa Malaysia, menjadikan belian dan jualan ETBS semudah berdagang dalam saham..
  2. Ketelusan: Disebabkan ETBS disenaraikan di bursa, pelabur mempunyai akses kepada harga tepat masa dan volum, seperti saham. Ini membolehkan pelabur untuk terus memantau pelaburan mereka dan menerima maklumat terkini.
  3. Kepelbagaian: Pelabur boleh mempelbagaikan portfolio mereka untuk memasukkan ETBS untuk melengkapkan pelaburan mereka dalam kelas aset lain seperti ekuiti, derivatif, unit amanah dan lain-lain.
  4. Aliran Pendapatan Tambahan: Pelabur boleh mendapat manfaat daripada aliran pendapatan stabil melalui pembayaran kupon secara tetap.

 

Apakah faktor yang menentukan harga ETBS?

  1. Harga dan Hasil
    Harga dan hasil ETBS secara asasnya ditentukan oleh permintaan dan penawaran dalam pasaran. Pelabur inginkan hasil atau pulangan setinggi yang boleh bagi pelaburan mereka dan oleh itu, apabila harga ETBS rendah, pelabur sanggup membayar kurang bagi ETBS dan seterusnya mendapat hasil yang lebih baik. Berbeza pula dengan keadaan harga ETBS tinggi yang bermaksud pulangan yang lebih rendah, memandangkan pembayaran kupon bagi ETBS biasanya ditetapkan pada nilai prinsipal bon.

  2. Kadar Faedah
    Apabila kadar faedah berubah, ETBS akan turut berubah. Sensitiviti terhadap kadar faedah ini adalah satu daripada pengaruh utama kepada harga ETBS. Sekiranya kadar faedah purata yang boleh didapati oleh pelabur naik, hasil semasa ETBS akan menjadi pelaburan yang kurang menarik. lni akan menyebabkan permintaan pelabur jatuh, mengakibatkan penurunan pada harga ETBS - sehingga tahap apabila hasil menjadi kompetitif dengan kadar sedia ada. Perkara sebaliknya pula berlaku jika kadar faedah menurun.

  3. Risiko
    Pelabur mesti mengambil kira risiko kredit entiti penerbit sebelum melabur dalam ETBS. Asasnya, risiko kredit ialah kemungkinan entiti penerbit akan atau tidak akan mampu untuk membayar semula amaun prinsipal dan elemen faedah pada kematangannya.
    Ini berlaku terutamanya pada ETBS korporat kerana perbadanan korporat mempunyai risiko yang lebih berbanding dengan kebanyakan badan kerajaan.
    ETBS dinilai dan ditarafkan oleh beberapa agensi termasuk Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) atau Ratings Agency Malaysia Berhad ( RAM) bagi Malaysia manakala Moody's dan Standard & Poor's bagi penarafan antarabangsa. Penarafan tertinggi { AAA) bermakna ETBS membawa risiko kredit yang kurang. Jika penarafan sesebuah syarikat diturunkan, ETBS biasanya akan turun dari segi harga kerana pelabur tidak akan membayar banyak baginya.

  4. Kematangan
    Masa hadapan sentiasa kurang kepastian berbanding dengan keadaan semasa. Dalam dunia kewangan, ketidakpastian diterjemahkan sebagai risiko. Seterusnya , ETBS dengan kematangan yang panjang mempunyai lebih risiko dan cenderung untuk berharga lebih rendah (atau mempunyai hasil lebih tinggi ). Apabila ETBS ini mula mencapai tarikh matang, harganya semakin dekat kepada nilai par. Ini disebabkan pelabur tahu mereka akan mendapat duit mereka tidak. lama lagi, dengan risiko kredit kecil yang ada.

 

Apakah unit pelaburan minimum?

ETBS didagangkan dengan saiz papar, lot minimum sebanyak 10 unit. Dengan harga prinsipal sebanyak RM100.00 setiap unit, kos setiap papan lot ialah RM1000.00, tidak termasuk kos transaksi.

 

Apakah risikonya??

  1. Risiko kredit
    Risiko ini timbul jika penerbit ETBS tidak dapat membuat pembayaran kupon pada tarikh kupon atau amaun prinsipal kepada peminjam pada kematangan. Bon dan sukuk kerajaan disokong oleh kerajaan pusat, oleh itu dianggap sebagai mempunyai risiko kredit yang rendah.
  2. Risiko pasaran
    lnilah risiko naik turun harga dan menerima kesan daripada permintaan dan penawaran dalam pasaran.
  3. Risiko kadar faedah
    Penilaian ETBS mungkin menerima kesan daripada perubahan dalam kadar faedah contohnya, jika kadar faedah naik, harga ETBS akan jatuh kerana pelabur akan menempatkan semula pelaburan mereka untuk mendapat kadar faedah yang ada dalam instrumen lain, contohnya dalam deposit bank.

 

Apakah pertimbangan yang perlu saya buat sebelum melabur dalam ETBS?

Perbandingan Produk
ETB vs Stocks
Bon/SukukSaham
Bon/Sukuk adalah Sekuriti Hutang Saham adalah Sekuriti Ekuiti
Pemegang Bon/Sukuk mereka pemilik aset bon dan tidak mempunyai hak terhadap pemilikan syarikat Pemegang saham- pemilik syarikat
Aliran pembayaran stabil dikenali sebagai kupon/dividen Pembayaran dividen berdasarkan polisi dan prestasi syarikat
Biasanya kurang meruap Menerima kesan oleh kemeruapan dan tekanan pasaran
Had waktu atau tempoh matang Tiada tempoh matang, kecuali dinyahsenarai
Saiz Dagangan adalah 10 unit Saiz Dagangan adalah 100 unit

* Pemegang bon adalah di tahap lebih tinggi daripada pemegang saham sebagai rekursa jika berlaku kecairan.

 

Bagaimana dan di mana untuk mula melabur dalam ETBS?

ETBS didagangkan seperti saham dan tertakluk pada pembayaran dagangan dan undang-undang penyelesaian yang sama (T+ 3). Anda perlu ke organisasi yang menyertainya (firma broker saham berdaftar dengan Bursa Malaysia) untuk membuka akaun dagangan sekuriti dan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) Bursa.