Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Peraturan » Pemantauan Penerbit
AskListing@Bursa | Bursa LINK

Pemantauan Penerbit

Kami komited untuk menambahbaik piawaian penzahiran di kalangan Penerbit Tersenarai bagi menggalakkan ketelusan yang lebih baik di pasaran dan mengukuhkan perlindungan terhadap pelabur.

Pemantauan Penerbit

Bursa Malaysia berwaspada dalam penyeliaan dan pengawasan pematuhannya oleh penerbit tersenarai dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia untuk memastikan penzahiran dan ketelusan bertaraf tinggi dan amalan pentadbiran korporat oleh penerbit tersenarai. Kami memastikan bahawa piawaian yang ditetapkan kepada penerbit tersenarai adalah berkesan untuk mengekalkan satu pasaran teratur dan adil serta demi perlindungan pelabur.

Kami juga memastikan bahawa penerbit tersenarai mematuhi keperluan kemasukan dan kami juga menyelia ketaatan mereka mematuhi obligasi penyenaraian berterusan termasuk mengambil langkah-langkah proaktif untuk memudahkan pematuhan terhadap Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia.

Kami meletakkan penekanan terhadap ketetapan masa, kecukupan dan ketepatan penzahiran bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang tepat. Penzahiran adalah satu asas dalam mengekalkan integriti pasaran kita. Obligasi penzahiran penerbit tersenarai ditetapkan di bawah Polici Penzahiran Korporat dalam Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia yang menetapkan syarat-syarat untuk kedua-dua penzahiran kewangan dan bukan kewangan.

Penyeliaan penerbit dijalankan dalam cara berikut:

Permohonan

Penzahiran dan obligasi berterusan penyenaraian

Tadbir Urus Korporat

Pengawasan Korporat

Kami juga menyediakan bimbingan dan maklum balas kepada penerbit tersenarai melalui taklimat rasmi dan urusan tidak rasmi bagi membantu meningkatkan piawaian penzahiran dan amalan pentadbiran korporat oleh penerbit tersenarai.

Apabila ketidakpatuhan dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia dikesan, siasatan akan dijalankan dan tertakluk kepada penemuan, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pihak tersebut.

Kami berusaha untuk memberi satu tahap perkhidmatan yang cemerlang dan mengekalkan hubungan kerja berkesan dengan penerbit tersenarai. Bagi memastikan bahawa pertanyaan boleh disalurkan segera dan kepada kakitangan yang betul, kami telah mendedikasikan kakitangan khusus untuk setiap penerbit tersenarai bagi membantu pertanyaan berkaitan dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia. Ini adalah penting untuk menggalakkan dan mempromosikan pematuhan lebih cekap dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia.