Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Peraturan » Penyeliaan Broker
AskListing@Bursa | Bursa LINK

Penyeliaan Broker

Kami mempunyai mekanisme pengawasan yang sistematik dan berstruktur untuk mengawasi dan menyelia pematuhan oleh Organisasi Mengambil Bahagian dan Peserta Dagangan.

Penyeliaan Broker

Bursa Malaysia mengawal selia dengan teliti urusan perniagaan broker dan wakil mereka dengan tujuan mencapai objektif yang berikut:-

Kami mengawasi dan menyelia dua kumpulan broker:-

Sebagai pengawal selia barisan hadapan, kami mengawasi dan menyelia syarikat broker saham dan broker hadapan mengikut Peraturan Bursa Malaysia, arahan dan pekeliling.

Pemantauan broker dijalankan seperti berikut:

Satu daripada peranan pengawalseliaan Bursa Malaysia ialah pemeriksaan ke atas Peserta yang dikawal selia. Pemeriksaan ini memberi tumpuan ke atas risiko kewangan dan bersistem bagi menyelia dan memantau urusan perniagaan dan pematuhan oleh Peserta kepada peraturan berkenaan serta polisi dan prosedur dalaman pengantara yang dinyatakan di bawah peraturan yang relevan, berkaitan dengan aktiviti mereka dalam pasaran sekuriti/derivatif yang dikendalikan oleh Bursa Malaysia, iaitu aktiviti pendepositan berkaitan dengan Bursa Depository dan aktiviti penjelasan dan penyelesaian Bursa Securities dan Derivatives Clearing.

Bahagian Penyeliaan Peserta seterusnya bertanggungjawab bagi mengawal selia, mengawasi dan memantau kelakuan Peserta dengan keadaan yang seimbang untuk memastikan pematuhan terhadap Peraturan Bursa, Rumah Penjelasan, Pendepositan dan syarat peraturan lain untuk menjaga dan memastikan pasaran yang adil dan teratur melalui pemeriksaan di kawasan. Pemantauan ini melibatkan pemeriksaan yang pada masa ini dilakukan menggunakan model asas risiko (RSA). Model ini mengguna pakai rangka kerja yang menilai profil risiko broker berdasarkan elemen yang berkaitan dengan maklumat risiko. Ini dibantu dengan maklum balas yang diterima daripada Peserta melalui soalan penilaian Pemeriksaan sendiri (SEA). Secara kolektif, semua ini akan digunakan untuk menyediakan rancangan penyeliaan yang mengutamakan skop dan kekerapan tugasan serta pemeriksaan latihan yang akan dilakukan terhadap broker tersebut. Penilaian dan profil risiko sentiasa ditingkatkan dan dikemas kini. Pelaksanaan RSA dan SEA bukan sahaja meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pemantauan kami, tetapi membantu broker untuk mengambil tindakan pembetulan/penambahbaikan yang perlu melalui identifikasi bidang risiko menggunakan RSA dan SEA.

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab berterusan dalam menyumbang ke arah pasaran adil dan teratur, broker perlu melaporkan aktiviti mereka dan status pelbagai bidang yang membimbangkan kepada Bursa Malaysia secara berkala contohnya, broker perlu melaporkan sama ada wang yang diterima daripada pelabur dijaga dengan baik, atau didepositkan dalam amanah/akaun berasingan yang ditentukan. Pengesahan atas perkara tersebut akan dilakukan oleh Bursa Malaysia sama ada melalui Jawatankuasa pemeriksaan atau pemantauan pematuhan di luar kawasan.

Penguatkuasaan/tindakan disiplin telah diambil terhadap broker akibat pelanggaran Peraturan Bursa Malaysia, arahan dan pekeliling.

Selanjutnya , kes-kes ketidakpatuhan terhadap Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan dan Akta lndustri Sekuriti (Pusat Pendepositan) oleh broker dan wakil mereka juga dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk tindakan selanjutnya.

Kami melaksanakan khidmat khusus, nasihat dan program keterlibatan dengan broker untuk mengukuhkan budaya pematuhan dan meningkatkan tadbir urus perniagaan mereka bagi mencapai objektif mengawal selia sendiri dalam jangka panjang.

Kami berusaha untuk melaksanakan perkhidmatan tahap tertinggi dan mengekalkan hubungan kerja efektif dengan broker. Dalam memastikan persoalan boleh disalurkan dengan cepat dan kepada pihak yang berwenang, kami telah menyediakan kakitangan khas untuk kumpulan broker spesifik bagi membantu mereka dalam menghadapi pertanyaan berkaitan Peraturan Bursa Malaysia. lni penting untuk menggalakkan dan meningkatkan pematuhan kepada Peraturan Bursa Malaysia.