Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Peraturan » Struktur » Badan Pemantauan Kawal Selia
AskListing@Bursa | Bursa LINK

Struktur

Sebagai pengawal selia utama pasaran modal Malaysia, kami bertanggungjawab mengekalkan pasaran yang adil dan terurus dalam sekuriti dan derivatif yang didagangkan melalui fasilitinya. Fungsi kawal selia Bursa dilaksanakan dan diurus tadbir oleh Kumpulan Fungsi Kawal Selia yang diterajui Ketua Pegawai Kawal Selia.

Badan Pemantauan Kawal Selia

Badan Pemantauan Kawal Selia

Bursa Malaysia bertanggungjawab memastikan pasaran yang adil dan terurus dalam dagangan sekuriti dan derivatif. Suruhanjaya Sekuriti sebagai badan pemantauan kawal selia menyelia dan memantau Bursa Malaysia berkaitan penyenaraian, dagangan, penjelasan, penyelesaian dan operasi pendepositan untuk memastikan Bursa Malaysia menjalankan tanggungjawab kawal selianya dengan efektif.

Bursa Malaysia perlu menghantar Laporan Kawal Selia Tahunan kepada Suruhanjaya Sekuriti yang memperincikan skop pematuhan Bursa Malaysia terhadap tanggungjawab berkanunnya. Suruhanjaya Sekuriti menjalankan audit kawal selia ke atas Bursa Malaysia selepas penghantaran Laporan Kawal Selia Tahunan. Terdapat juga perbincangan antara Suruhanjaya Sekuriti dengan Bursa Malaysia dari semasa ke semasa mengenai hal penyeliaan operasi dan strategik. Kelulusan dan persetujuan Suruhanjaya Sekuriti diperlukan dalam apa-apa perubahan peraturan atau peningkatan produk yang disediakan oleh Bursa Malaysia.