Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.

Pendekatan Kawal Selia/Falsafah

Dalam usaha membangunkan pasaran yang berkualiti dan berintegriti, Bursa Malaysia berpandukan Prinsip Kawal Selia untuk mencapai sasaran yang berikut; perlindungan pelabur terus kukuh, standard pengendalian perniagaan yang tinggi oleh penerbit disenaraikan dan broker, dan kawal selia yang cekap dan berkesan.

Prinsip Kawal Selia

Prinsip Kawal Selia

Kami berpandukan prinsip kawal selia yang berikut untuk mencapai sasaran kawal selia dan memastikan pendekatan yang konsisten dan menyeluruh terhadap tindakan dan keputusan yang diambil. Prinsip-prinsip ini diterapkan dalam rangka kerja Bursa Malaysia. Prinsip kawal selia ini akan memastikan kesamaan kawal selia dalam semua segmen pihak yang dikawal selia,serta keberkesanan kawal selia pada keseluruhannya.

Prinsip-prinsipnya adalah seperti berikut:-

  1. Peraturan dan Syarat yang jelas dan mudah diakses
  2. Peraturan tidak lebih daripada yang diperlukan
    • Keseimbangan antara keperluan peraturan dan kecekapan perniagaan
    • Memastikan kos dan beban pematuhan kawal selia seimbang dengan manfaatnya
  3. Pendekatan berasaskan prinsip yang perlu.
    • Bergerak ke arah pendekatan peraturan berasaskan prinsip,yang bersesuaian, dan menyediakan panduan yang diperlukan.
  4. Fokus kepada hasil
    • Menyasarkan hasil menerusi langkah atau keputusan kawal selia berbanding hanya pematuhan peratura.
    • Menggunakan budi bicara untuk mengubah atau mengecualikan peraturan, asas peraturan masih boleh dicapai, dan perniagaan boleh dibantu tanpa menjejaskan pemegang saham yang lain atau beban pematuhan melebih manfaatnya.
    • Sentiasa berpandukan objektif kawal selia dan tujuan kawal selia sedia ada
    • Menimbangkan impak langkah kawal selia atau keputusan sebelum dan selepas mengambil setiap tindakan atau keputusan.
  5. Inovatif dan Berdaya Saing
    • Memudahkan inovasi, sebagai contoh, dengan mengelakkan halangan tidak munasabah terhadap mereka yang dikawal selia.
    • Mengekalkan kedudukan berdaya saing Bursa Malaysia sebagai bursa bersepadu.
  6. Pendekatan Berasaskan Risiko
    • Penekanan terhadap penyeliaan berasaskan risiko berbanding peraturan mencakupi semua.
    • Membantu mengenal pasti masalah, isu dan aliran dengan lebih awal, membolehkan langkah segera untuk mengatasinya.
  7. Pendekatan berasaskan nilai
    • Melaksanakan peraturan yang ditetapkan tanpa gentar dan pilih kasih.
    • Bertindak secara profesional, berintergriti dan adil.
    • Menggunakan kuasa dan budi bicara secara konsisten dengan mengambil kira fakta setiap kes dan pandangan yang berbeza.
    • Bertindak segera dan proaktif.
  8. Ketelusan
    • Menjadikan pendekatan dan proses kami lebih telus
    • Berkomunikasi dengan jelas dan efektif tentang apa yang kami dilakukan
  9. Menurut tanda aras dan bekerjasama pada peringkat global
    • Melihat dan mengikut tanda aras standard antarabangsa dan amalan terbaik
    • Mencipta dan mengekalkan hubungan rapat dengan kedua-dua pengawal selia domestik dan asing
  10. Pendekatan Rundingan
    • Mengambil pendekatan rundingan dan mendapatkan pendapat peserta industri, pemegang kepentingan lain dan orang awam
    • Berinteraksi dan bekerjasama dengan pemegang saham.