Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Peraturan » Pendekatan Kawal Selia/Falsafah » Menguruskan Konflik Kepentingan
AskListing@Bursa | Bursa LINK

Pendekatan Kawal Selia/Falsafah

Dalam usaha membangunkan pasaran yang berkualiti dan berintegriti, Bursa Malaysia berpandukan Prinsip Kawal Selia untuk mencapai sasaran yang berikut; perlindungan pelabur terus kukuh, standard pengendalian perniagaan yang tinggi oleh penerbit disenaraikan dan broker, dan kawal selia yang cekap dan berkesan.

Menguruskan Konflik Kepentingan

Menguruskan Konflik Kepentingan

Pasaran yang dikawal selia dengan baik dengan perkhidmatan penjelasan dan pendepositan yang efisien adalah penting untuk membolehkan Bursa Malaysia mencapai objektif korporat dan kawal selianya dan untuk membina keyakinan terhadap Bursa Malaysia. Sebagai kedua-dua pengawal selia pasaran dan entity berasaskan perniagaan, Bursa Malaysia mungkin berdepan dengan keadaan kepentingan komersialnya menghadapi konflik dengan kepentingan kawal selianya. Di bawah undang-undang, Bursa Malaysia bertanggungjawab memastikan dalam keadaan kepentingan Bursa Malaysia sendiri, atau kepentingan lain, yang bertentangan dengan kepentingan awam; kepentingan awam dan perlindungan pelabur, adalah lebih penting.

Langkah yang telah ditetapkan untuk menghadapi COi adalah seperti yang berikut: