Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Peraturan » Pengawasan Pasaran » Sistem Pemantauan
AskListing@Bursa | Bursa LINK

Pengawasan Pasaran

Falsafah asas kami dalam menguruskan ketertiban pasaran bergantung kepada pengendalian salah laku pasaran. Kami mengambilkira kriteria kuantitatif dan kualitatif dalam menentukan polisi yang sesuai, pendekatan dan tindakan yang akan diambil untuk memastikan ketertiban pasaran

Sistem Pemantauan

Sistem Pemantauan

Berkuat kuasa 31 Disember 2012, Bursa Malaysia Berhad menggunakan Millennium Surveillance TM System untuk pasaran ekuiti dan derivatifnya. Sistem ini menjadi platform pemantauan "pasaran bersilang" bersepadu bagi kedua-dua pasaran ekuiti dan derivatif. Sistem pengawasan pasaran yang baru dilaksanakan ini (MSS) ialah lanjutan daripada komitmen Bursa kepada perlindungan pelabur dan untuk memastikan pasaran yang adil dan teratur, serta sejajar dengan usaha yang lebih meluas oleh Bursa Malaysia untuk mewujudkan persekitaran dagangan yang lebih memudahkan pelabur.

Millennium Surveillance TM ialah platform pelbagai aset, pasaran bersilang dan fleksibel yang membolehkan pelaksanaan perubahan yang lebih pantas dalam memberi respons kepada kelakuan dagangan dan perkembangan kawal selia. MSS membolehkan Bursa Malaysia mengenal pasti corak kelakuan dagangan dengan cepat pada peringkat broker dan pelabur. la juga termasuk keupayaan ulangan semula pasaran yang komprehensif untuk membina semula aktiviti dagangan pasaran dengan cepat apabila ia berlaku, dan membolehkan setiap transaksi dan kesannya kepada pasaran dikaji dengan teliti.