Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Peraturan » Pengawasan Pasaran » Langkah Kawal Selia
AskListing@Bursa | Bursa LINK

Pengawasan Pasaran

Falsafah asas kami dalam menguruskan ketertiban pasaran bergantung kepada pengendalian salah laku pasaran. Kami mengambilkira kriteria kuantitatif dan kualitatif dalam menentukan polisi yang sesuai, pendekatan dan tindakan yang akan diambil untuk memastikan ketertiban pasaran

Langkah Kawal Selia

Langkah Kawal Selia

Penguatkuasaan Lembut

PenguPenguatkuasaan lembut ialah pendekatan yang digunakan untuk menangani kebimbangan ketidaktentuan dagangan melalui keterlibatan dengan Organisasi yang Mengambil Bahagian (POs).

Objektif penguatkuasaan lembut adalah:

Harapan Bursa Malaysia terhadap POs selepas penguatkuasaan lembut termasuklah:

Pertanyaan tentang Aktiviti Luar Biasa Pasaran

Aktiviti Luar Biasa Pasaran merujuk kepada apa-apa aktiviti dagangan luar biasa termasuklah perubahan harga yang ketara, dan/atau pergerakan jumlah dagangan yang timbul daripada dagangan saham individu atau derivatif pada masa sesi pasaran.

Adalah menjadi tanggungjawab syarikat-syarikat disenaraikan untuk membuat pengumuman serta-merta untuk menjelaskan senario di atas seperti yang dinyatakan dalam Syarat Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia.

Selain daripada inisiatif sendiri syarikat disenaraikan itu, Bursa Malaysia juga akan memulakan pertanyaan Aktiviti Luar Biasa Pasaran setelah mengesan sebarang ketidaktentuan harga dan/atau pergerakan jumlah dagangan.

Apabila pertanyaan Aktiviti Luar Biasa Pasaran dimulakan,syarikat disenaraikan terbabit mestilah membuat pengumuman serta-merta untuk menjelaskan aktiviti luar biasa pasaran dalam dagangan sekuritinya selepas melakukan pertanyaan yang sepatutnya.

Pelabur dinasihatkan untuk mengambil perhatian terhadap pertanyaan Aktiviti Luar Biasa Pasaran dan respons penerbit yang disenaraikan apabila membuat keputusan pelaburan.

Amaran Pasaran

Amaran Pasaran ialah suatu amaran yang dimulakan untuk memberi amaran kepada pelabur awam ke atas kemungkinan aktiviti dagangan luar biasa ke atas sesuatu sekuriti. Amaran Pasaran dikeluarkan melalui kenyataan media dan Pekeliling Penyenaraian.

Amaran Pasaran bertindak untuk memberi amaran kepada pelabur:

la juga memberi jaminan kepada pelabur bahawa Bursa Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kawal selia yang sesuai ke atas dagangan sekuriti berkenaan untuk memastikan pasaran yang adil dan teratur.

Penentuan

Dagangan sekuriti akan diumumkan sebagai "Sekuriti Ditentukan" apabila berlaku situasi spekulasi melampau serta wujudnya corak dagangan yang tidak normal. Keputusan untuk menentukan sesebuah sekuriti juga mengambil kira kepentingan untuk memastikan pasaran yang adil dan teratur bagi dagangan sekuriti yang terlibat.

Dengan penentuan, pemerdagangan dalam sekuriti itu diteruskan tetapi memerlukan pembayaran muka sebelum pembelian dan baki bebas sekuriti sebelum penjualan.