Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Peraturan » Penguatkuasaan » Statistik Penguatkuasaan
AskListing@Bursa | Bursa LINK

Penguatkuasaan

Kami berpandangan tegas terhadap pelanggaran Peraturan Perniagaan dan Syarat Keperluan Penyenaraian dan melaksanakan prosiding dan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya bergantung kepada keterukan pelanggaran kerana pelanggaran-pelanggaran ini berpotensi untuk menjejaskan hak-hak dan perlindungan pelabur serta integriti pasaran.

Statistik Penguatkuasaan

Statistik Penguatkuasaan

Seperti yang dinyatakan dalam Ringkasan Penguatkuasaan, kami berusaha untuk mencegah pelanggaran/ketidakpatuhan peraturan yang mungkin berlaku pada masa hadapan, mendidik peserta pasaran dan menyemai budaya pematuhan serta standard tatalaku perniagaan dan amalan tadbir urus korporat yang lebih baik melalui tindakan penguatkuasaan yang diambil

Selaras dengan matlamat tersebut, kami telah selama ini mengambil pelbagai tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran pelbagai peraturan yang ditetapkan.

Pada tahun 2016, tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap 14 buah Syarikat Tersenarai Awam (“PLC”) dan 38 orang pengarah (dari 8 buah PLC) atas kesalahan melanggar pelbagai Syarat-Syarat Penyenaraian, berbanding dengan 14 buah PLC dan 37 orang pengarah (dari 9 buah PLC) pada tahun 2015.

Tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap pihak-pihak tersebut meliputi teguran peribadi/teguran awam dan denda. Butiran tindakan penguatkuasaan (teguran dan tindakan lebih berat) yang diselesaikan/diambil pada tahun 2016 berbanding dengan tahun 2015 adalah seperti yang tertera di bawah:-

Penalti Tindakan yang Dikenakan#PLCPengarah
 2015  2016  2015  2016
Teguran Awam dan Denda  -  -  30  38
Teguran Awam  11  11  7  3
Teguran Peribadi  2  4  4  -
Teguran Peribadi dan Denda  -  -  -  3
Penggantungan  1  -  -  -
Jumlah PLC/Pengarah  14  14  37  38
Jumlah Denda Dikenakan (RM)  -  -  5,880,600  2,117,000

# lebih daripada satu penalti mungkin dikenakan terhadap seorang pengarah atau sebuah PLC.

Selain daripada penalti yang dikenakan di atas, kami juga telah mengeluarkan arahan kepada PLC untuk menjalankan semakan terhad ke atas laporan suku tahun dan arahan kepada pengarah/kakitangan PLC yang berkenaan untuk menghadiri program latihan yang berfokus pada laporan kewangan dan pematuhan kepada Syarat-Syarat Penyenaraian seperti berikut:

 20152016
Semakan Terhad ke atas Laporan Suku Tahun  5  7
Program Latihan Pengarah  6  11

Secara amnya, kami mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran yang berkaitan dengan aspek berikut:-