Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Peraturan » Penguatkuasaan » Kes-kes Penguatkuasaan Utama » Penguatkuasaan Syarat Keperluan Penyenaraian
AskListing@Bursa | Bursa LINK

Penguatkuasaan

Kami berpandangan tegas terhadap pelanggaran Peraturan Perniagaan dan Syarat Keperluan Penyenaraian dan melaksanakan prosiding dan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya bergantung kepada keterukan pelanggaran kerana pelanggaran-pelanggaran ini berpotensi untuk menjejaskan hak-hak dan perlindungan pelabur serta integriti pasaran.

Penguatkuasaan Syarat Keperluan Penyenaraian

Kes-kes Penguatkuasaan Utama

Penguatkuasaan Syarat Keperluan Penyenaraian

Penguatkuasaan Pengarah di bawah LR

Bursa diberi kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat disenaraikan dan pengarah kerana melanggar LR. Jika berlaku pelanggaran LR oleh syarikat disenaraikan dan pelanggaran adalah material (dalam bentuk antaranya, kelakuan dan impak), penguatkuasaan boleh diambil di bawah perenggan 16.13 LR terhadap pengarah (pengarah-pengarah) yang telah menyebabkan, membantu, bersubahat atau membenarkan syarikat disenaraikan untuk melanggar LR. Selain perenggan 16.13 LR, penguatkuasaan juga boleh diambil terhadap pengarah bagi pelanggaran tanggungjawab spesifik atau syarat dikenakan di bawah LR terhadap pengarah tidak kira sama ada terdapat pelanggaran oleh syarikat disenaraikan.

Dalam menentukan kebersalahan setiap pengarah syarikat di bawah LR, satu daripada faktor yang diambil kira ialah sama ada seorang pengarah telah melakukan tanggungjawab nya terhadap syarikat dan secara khususnya tugas untuk penjagaan, kemahiran dan ketekunan. Dalam hal ini, Bursa dipandu oleh tugas perundangannya yang dikenakan ke atas pengarah di bawah Akta Syarikat 1065 (CA) termasuk Seksyen 132 (1A) CA, prinsipal yang diperoleh daripada keputusan mahkamah bagi perundangan dan amalan terbaik yang ditetapkan dalam Kod Tadbir Urus Korporat. Hal ini termasuklah tugas/prinsip yang berikut:

  1. Pengarah adalah di bawah tanggungjawab berterusan untuk memastikan mereka memperoleh dan mengekalkan pengetahuan yang mencukupi dan memahami perniagaan syarikat untuk memastikan mereka melaksanakan tugas sebagai pengarah dengan betul.

  2. Pengarah boleh menugaskan kerja dan mempercayai kecekapan dan integriti pihak yang ditugaskan ke suatu tahap (kecuali mereka sedar keadaan yang sebaliknya). Walau bagaimanapun, ini tidak membebaskan mereka daripada tanggungjawab penjagaan berterusan untuk memastikan struktur kawalan sepatutnya diadakan di syarikat itu bagi memastikan penyeliaan.

Dalam hal ini, bagi menilai pelaksanaan tanggungjawab pengarah di bawah LR, rekod/bukti yang boleh menjelaskan langkah­ langkah/tindakan yang telah diambil oleh pengarah adalah penting , iaitu:

  1. Langkah-langkah perlu telah diambil untuk memastikan pematuhan/pencegahan pelanggaran LR seperti:

    • Memastikan bahawa syarikat telah mewujudkan, mengekalkan dan melaksanakan sistem dan proses tadbir urus yang efektif termasuklah pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman.

    • Mesyuarat lembaga dan jawatankuasa audit yang teratur dan berjadual dan notis yang diperlukan dan mencukupi, serta pengagihan kertas dan maklumat sebelum mesyuarat berlangsung.

    • Mengemas kini perniagaan dan operasi syarikat, melakukan penyiasatan yang sepatutnya, dan membuat susulan terhadap penyiasatan.

    • Menahan daripada membuat keputusan tergesa-gesa dan memastikan penilaian dan penelitian sepatutnya, dan membuat keputusan bermaklumat berdasarkan kepada maklumat yang diberikan/diminta dan nasihat yang diperlukan.

    • Memastikan rekod penelitian yang teratur terhadap keputusan penting termasuklah menyatakan dalam minit tentang pandangan yang berbeza,dan pengurusan rekod berkenaan (termasuk kewangan dan minit mesyuarat) oleh syarikat disenaraikan.

    • Mengekalkan rekod-rekod tentang langkah yang diambil untuk menangani isu pematuhan (contohnya untuk menangani pematuhan terhadap pengeluaran penyata kewangan)

  2. Langkah-langkah berkesan dan segera telah diambil untuk menyelesaikan isu apabila mula diketahui untuk membolehkan/memastikan pematuhan

Pengarah boleh mendapat lebih banyak pandangan dan panduan tentang bagaimana mereka boleh melaksanakan peranan dan tugas dengan berkesan di bawah LR daripada Panduan Tadbir Urus Korporat “Ke arah Kecemerlangan Lembaga Pengarah) yang dikeluarkan oleh Bursa yang boleh didapati di laman web Bursa. Selain itu, apabila menghadapi kemusykilan terhadap penggunaan LR, syarikat disenaraikan dan pengarah-pengarah digalakkan untuk mendapatkan penjelasan daripada Bursa.

Kajian Kes

  1. Delay in Issuance of Financial Statements  [As at 17 January 2017]

  2. Misleading Statements – Material deviation of the figures reported between the announced unaudited financial figures and audited financial figures for the same financial period by the listed company  [As at 23 June 2016]

  3. Other Disclosure Breaches - Promotional / Selective Disclosure / Delay in Announcing Material Information  [As at 17 January 2017]

  4. Inaccurate Disclosures / Announcements [As at 23 June 2016]

  5. Provision of Financial Assistance  [As at 27 February 2013]

  6. Related Party Transactions - Failure to Announce/Appoint Adviser/Procure Shareholders' Approval

  7. Enforcement for Non-Compliance of Dealing in Quoted Securities by Directors under Chapter 14 of the LR

  8. Failure to Comply with Bursa's Directives [As at 17 January 2017]

  9. Failure to Establish Internal Audit Function [As at 17 January 2017]


Get Adobe ReaderAdobe Acrobat Reader is needed to view the documents.
If you don't already have it installed on your computer, click on the icon to download it.