Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.

Penguatkuasaan

Kami berpandangan tegas terhadap pelanggaran Peraturan Perniagaan dan Syarat Keperluan Penyenaraian dan melaksanakan prosiding dan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya bergantung kepada keterukan pelanggaran kerana pelanggaran-pelanggaran ini berpotensi untuk menjejaskan hak-hak dan perlindungan pelabur serta integriti pasaran.

Kesalahan Pasaran/Manipulasi Pasaran/Salah Laku

Kes-kes Penguatkuasaan Utama

Penguatkuasaan Peraturan Bursa Malaysia: Kesalahan Pasaran/Manipulasi Pasaran/Salah Laku

  1. Penguatkuasaan Peraturan Bursa Malaysia: Kesalahan Pasaran/Manipulasi Pasaran/Salah laku. Keperluan untuk mengekalkan pasaran yang adil dan teratur adalah penting dan oleh itu, Bursa Malaysia tidak bertolak ansur terhadap apa-apa perbuatan atau kealpaan oleh mana-mana pihak yang mungkin mengancam/mempengaruhi integriti pasaran Bursa Malaysia. Bursa Malaysia percaya bahawa pasaran mestilah membayangkan bekalan dan permintaan sebenar. Bursa Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuklah mengenakan denda dan/atau menggantung/membuang sesiapa daripada Senarai dan menghalang orang itu daripada berdagang di atau melalui pasaran saham Bursa berikutan pelanggaran yang akan menghalang pengekalan pasaran yang adil dan teratur.

  2. Semua orang/entiti berlesen yang terlibat dengan urusan dalam sekuriti dan dagangan dalam kontrak hadapan termasuk Wakil Peniaga (DRs) dan Wakil Broker Hadapan (FBRs) mestilah bertindak secara bertanggungjawab kerana di bawah peraturan itu mereka berkewajipan untuk mengendalikan perniagaan bukan sahaja bagi kebaikan pelanggan tetapi juga bagi kebaikan dan integriti pasaran. Mereka tidak boleh melakukan sebarang tindakan termasuk melakukan/melaksanakan strategi/metodologi dagangan yang berkemungkinan merosakkan keadilan dan integriti pasaran Bursa Malaysia.

  3. Dalam melaksanakan tugas kawal selianya dengan objektif untuk melindungi kepentingan pelanggan dan pengekalan pasaran yang teratur dan adil, Bursa Malaysia telah mengambil beberapa tindakan penguatkuasaan bagi pelanggaran peraturan yang melibatkan salah laku pasaran dan salah guna aktiviti dagangan yang telah mewujudkan gambaran mengelirukan/palsu bagi dagangan aktif, atau harga/pasaran bagi sekuriti/kontrak hadapan dan manipulasi pasaran

  4. Dalam menentukan jenis sekatan yang diambil terhadap pihak yang ingkar, Bursa Malaysia dipandu oleh pertimbangan am dan spesifik yang terpakai kepada kes berkenaan. Antaranya, keadaan/keseriusan perlakuan atau pelanggaran tempoh/kekerapan pelanggaran, impak kepada awam/pasaran, kewujudan manfaat yang diperoleh secara salah dan sama ada terdapat tindakan sengaja/cuai. Pelanggaran peraturan yang memberikan kesan ke atas pasaran dan menyebabkan kemudaratan dan gangguan kepada operasi teratur pasaran tertakluk pada penalti berat.

  5. Jenis penalti yang terdiri daripada teguran awam hinggalah kepada penggantungan/pembuangan daripada Senarai, denda dan/atau syarat CPE tambahan dikenakan ke atas DRs/FBRs yang ingkar yang telah melakukan kesalahan pasaran. Sekatan yang dikenakan adalah berbeza berganting pada fakta bagi setiap kes, keadaan yang menyebabkan pelanggaran, tahap pelanggaran dan sejauh mana impak kepada pasaran disebabkan oleh pelanggaran itu.

  6. Bursa Malaysia telah mengambil pelbagai tindakan penguatkuasaan ke atas DRs/FBRs yang mempamerkan kelakuan tidak sepatutnya yang memberi kesan kepada kejujuran dan integriti mereka. Tindakan penguatkuasaan yang berat dengan mengeluarkan mereka daripada Senarai/penggantungan telah diambil untuk melindungi kepentingan pelabur dan menjaga integriti pasaran.

  7. Dalam kes-kes pelanggaran yang berlaku tidak begitu serius untuk dikenakan penggantungan serta-merta terhadap Orang Berdaftar daripada aktiviti urus niaga atau dikeluarkan suatu arahan untuk penangguhan penggantungan dibuat untuk membolehkan pemantauan ketat ke atas kelakuan Orang Berdaftar dalam aktiviti dagangan untuk memastikan pelanggaran yang serupa tidak dilakukan pada masa hadapan. Sekatan berkenaan memberikan peluang kepada Orang Berdaftar untuk membetulkan kelakuan yang tidak sepatutnya itu dan memastikan aktiviti dagangan dilakukan dengan betul. Kelakuan baik yang ditunjukkan semasa tempoh penangguhan penggantungan akan membolehkan Orang Berdaftar dikecualikan daripada arahan penggantungan yang dilakukan ke atas beliau. Penangguhan penggantungan juga bertindak sebagai insentif kepada Orang Berdaftar untuk berkelakuan secara sesuai/profesional di samping menghalangnya daripada melakukan pelanggaran yang serupa.

    Di bawah ialah kajian kes/ilustrasi bagi sesetengah kes dan tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas POs/TPs dan/atau Orang Berdaftar yang ingkar:

    Kes

    • 2016
    • 2015
    • Up to 2014

Get Adobe ReaderAdobe Acrobat Reader is needed to view the documents.
If you don't already have it installed on your computer, click on the icon to download it.