Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.

Penguatkuasaan

Kami berpandangan tegas terhadap pelanggaran Peraturan Perniagaan dan Syarat Keperluan Penyenaraian dan melaksanakan prosiding dan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya bergantung kepada keterukan pelanggaran kerana pelanggaran-pelanggaran ini berpotensi untuk menjejaskan hak-hak dan perlindungan pelabur serta integriti pasaran.

Peraturan Pelanggaran berkaitan Pindaan Kontrak

Kes-kes Penguatkuasaan Utama

Penguatkuasaan Peraturan Bursa Malaysia: Peraturan Pelanggaran berkaitan Pindaan Kontrak

POs

Dari tahun 2004 hingga 2011, Bursa Malaysia telah mengambil 26 tindakan penguatkuasaan dengan mengenakan denda sehingga RM125,000 ke atas POs kerana ketiadaan penyeliaan dan pemantauan ke atas pindaan kontrak yang dilakukan oleh Wakil Peniaga (DRs) dan kerana kegagalan memastikan bahawa DRs mematuhi peraturan pindaan kontrak (Peraturan CA). Oleh itu, jumlah tindakan penguatkuasaan kerana pelanggaran yang sama telah dikurangkan secara signifikan.

DRs

  1. Antara tahun 2004 hinga 2011, 190 tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap DRs dan denda dikenakan ke atas DRs antara RM1,000 ke RMS0,000 (setelah mengambil kira bilangan berlakunya pindaan kontrak tanpa kebenaran).

  2. Selain pelanggaran pindaan kontrak oleh DRs yang dikenakan denda, Bursa Malaysia juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap DRs bagi kes-kes yang melibatkan pindaan kontrak yang mempunyai konotasi salah guna pasaran termasuklah manipulasi pasaran, pembelian secara pukal (jobbing) dan aktiviti jualan singkat intrahari. Dalam kes-kes berkenaan, lebih banyak sekatan yang lebih berat dikenakan termasuklah menghapuskan terus daripada Pendaftar atau penggantungan,sebagai tambahan denda yang dikenakan.