Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Peraturan » Pendidikan & Kesedaran » Penerbit Disenaraikan
AskListing@Bursa | Bursa LINK

Pendidikan & Kesedaran

Kami menekankan/mengutamakan pendidikan pasaran secara berterusan dalam bentuk latihan, dialog, persidangan dan penglibatan langsung dengan Penerbit yang Disenarai dan juga Broker.

Penerbit Disenaraikan

Penerbit Disenaraikan

Hubungan dengan Penerbit Disenaraikan

Bursa Malaysia menghargai bahawa mewujudkan kesedaran dan menyediakan pendidikan berterusan kepada penerbit disenaraikan, pengarah-pengarah dan penasihat­ penasihat ialah kunci untuk memastikan prinsip-prinsip pendasar Syarat Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia diterima dan dilaksanakan.

Dalam hal ini kami menjalankan program dalaman dan bekerjasama dengan institusi dan persatuan industri untuk menjalankan inisiatif pendidikan dan kesedaran yang termasuk persidangan, pameran bergerak, program advokasi pengarah, taklimat teknikal untuk setiausaha syarikat dan dialog dengan penerbit disenaraikan di seluruh Malaysia untuk berkongsi objektif pengawalseliaan dan menghapuskan kebimbangan kami. Acara-acara ini membantu membina hubungan kepercayaan dan kerjasama di samping menggalakkan budaya pengawalseliaan sendiri. Untuk membantu pemahaman peraturan-peraturan dan keperluan kami, nota amalan/panduan dikeluarkan dari semasa ke semasa kepada penerbit disenaraikan untuk membantu mereka dalam mematuhi Undang-undang. Perkembangan terkini berkaitan perkhidmatan kawal selia, polisi, rangka kerja, dan sebagainya juga akan dikemas kini di laman web ini untuk meningkatkan ketelusan peranan pengawalseliaan kami kepada orang ramai. Kami juga menjalankan bengkel tadbir urus korporat seperti bengkel pengurusan risiko dan kawalan dalaman dan bengkel laporan korporat.

Pelibatan secara langsung dengan pengarah dan penasihat penerbit disenaraikan juga menjadi sebahagian langkah-langkah pengawalseliaan kami untuk menggalakkan standard kelakuan yang lebih tinggi dalam kalangan Penerbit disenaraikan. Ini dijalankan dari semasa ke semasa apabila isu perlu segera ditangani dan diperjelaskan.

Program Kalendar 2016 Peraturan-Peraturan Advokasi