Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.

Pendidikan & Kesedaran

Kami menekankan/mengutamakan pendidikan pasaran secara berterusan dalam bentuk latihan, dialog, persidangan dan penglibatan langsung dengan Penerbit yang Disenarai dan juga Broker.

Broker

Broker

Penglibatan Broker

Dalam membangunkan kesedaran dan pemahaman mengenai sifat dan had obligasi pematuhan yang dikenakan ke atas Broker dan lndividu Berdaftar, kami memerlukankan pelibatan berterusan, pendidikan dan aktiviti yang dapat meningkatkan kesedaran untuk melengkapkan Broker dan lndividu Berdaftar lebih memahami tanggungjawab mereka. Usaha yang sangat berkesan dalam meningkatkan tahap pematuhan di seluruh industry dapat dilihat dengan berhasilnya aktiviti pelibatan berterusan secara konsisten serta bersama-sama dalam program pendidikan yang dijalankan. Melalui kefahaman dan kesedaran yang lebih baik, tahap kendalian perniagaan oleh Broker menyaksikan pengukuhan berterusan ke arah memudahkan pengurusan pasaran yang teratur dan adil seperti yang diharapkan.

Persidangan dan Dialog Tahunan

Bursa Malaysia kerap menjalankan pendidikan dan perbincangan dengan Pegawai Pematuhan, Pengurusan Kanan, Wakil Peniaga dan Wakil Broker Pasaran Hadapan dan Lembaga Pengarah Broker. lni dilaksanakan melalui seminar program/pendidikan dengan pakar industri. Pertemuan dengan Pengurusan Kanan bersama broker juga diadakan untuk berkongsi kebimbangan dan harapan Bursa Malaysia terhadap pengalaman masa lalu perantara pasaran termasuk langkah penguatkuasaan yang diambil terhadap peserta pasaran juga dikongsi bersama dengan tujuan meningkatkan pemahaman mereka mengenai peranan Bursa Malaysia sebagai pengawal selia dan meningkatkan pengendalian perniagaan.

Objektif dan jangkaan hasil pelibatan dan inisiatif pendidikan yang dirancang oleh Bursa adalah untuk mencapai matlamat yang berikut: