Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Peraturan
AskListing@Bursa | Bursa LINK

Peraturan

Bursa Malaysia ialah pengawal selia barisan hadapan pasaran modal Malaysia dan bertanggungjawab memastikan pasaran yang adil dan terkawal bagi sekuriti dan derivatif yang didagangkan melalui fasilitinya.

Peraturan

Peraturan

RulesKami mempunyai peraturan yang jelas, menyeluruh dan mudah diakses bagi mengawal selia seperti penyenaraian terbitan dan produk dalam pasaran, dan tanggungjawab penerbit selepas penyenaraian, perdagangan, penjelasan dan pelunasan produk kami, tanggungjawab kemasukan dan selepas kemasukan peserta kami.

Struktur

StructureSebagai pengawal selia utama pasaran modal Malaysia, kami bertanggungjawab mengekalkan pasaran yang adil dan terurus dalam sekuriti dan derivatif yang didagangkan melalui fasiliti kami. Fungsi kawal selia Bursa dijalankan dan diuruskan oleh Kumpulan Fungsi Kawai Selia yang diterajui Ketua Pengawal Selia.

Penyeliaan Penerbit

Supervision of IssuersKami komited untuk meningkatkan standard pendedahan dalam kalangan Penerbit Tersenarai untuk menggalakkan ketelusan dalam pasaran dan mengukuhkan perlindungan pelabur.

Pengawasan Pasaran

Market SurveillanceFalsafah kami dalam memastikan pasaran terurus terletak dalam menangani salah laku pasaran. Kami menimbangkan kedua-dua kriteria kuantitatif dan kualitatif dalam menentukan polisi, pendekatan dan tindakan yang harus diambil untuk memastikan pasaran yang terurus.
 

Pendekatan Kawal Selia/Falsafah

Regulatory Approach/PhilosophyDalam usaha membangunkan pasaran yang berkualiti dan berintegriti, kami berpandukan 10 Prinsip Kawai Selia untuk mencapai sasaran yang berikut: perlindungan kepada pelabur, pengendalian perniagaan standard tinggi oleh penerbit dan broker tersenarai; dan kawal selia yang cekap dan berkesan.
 

Penyeliaan Broker

Supervision of BrokersKami mempunyai mekanisme pengawasan yang sistematik dan berstruktur untuk menyelia dan memantau pematuhan oleh Organisasi dan Peserta Dagangan yang mengambil bahagian.

Penguatkuasaan

EnforcementKami mengambil serius terhadap pelanggaran Peraturan Perniagaan dan Syarat Penyenaraian dan mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut keseriusan pelanggaran kerana ia boleh menjejaskan hak dan perlindungan pelabur.
 
 

Tadbir Urus Korporat

Corporate GovernanceKami komited untuk mengekalkan standard tadbir urus yang tinggi dalam kalangan Penerbit Tersenarai sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk meningkatkan kualiti pasaran.