Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.

Pinjaman & Peminjaman Sekuriti (SBL)

Pinjaman dan Peminjaman Sekuriti (SBL) ialah kemudahan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia bagi membolehkan trasaksi pinjaman dan peminjaman dilaksanakan. Dua model yang ditawarkan ialah agen Agensi Peminjaman Pusat dan Transaksi Boleh Dirunding

Keseluruhan

Transaksi Dirunding

Keseluruhan

Di bawah model SBLNT, peserta SBL diberi pilihan untuk mencapai kata sepakat dengan terma dan syarat SBL (transaksi OTC) dan menginput transaksi berkenaan ke dalam sistem SBLNT Bursa Clearing (S) melalui Wakil Pemberi Pinjaman/ Pinjaman masing-masing. Ini memberi 2 faedah:

  • Satu cara untuk memberi penyelesaian kepada transaksi SBLNT di mana pergerakan sekuriti yang dipinjam antara akaun CDS (cth: depositori) Pemberi Pinjaman yang diluluskan SBLNT kepada akaun CDS SBLNT, Peminjam Khas yang diluluskan dan untuk tujuan pemantauan dan statistik

Perubahan utama diperkenalkan di bawah Model SBLNT Model adalah seperti berikut:

  1. Memperkenalkan fungsi Wakil Peminjaman / Pinjaman:

    1. Wakil Pemberi Pinjaman/Peminjam akan menjadi pengantara tempatan bagi kedua-dua Pemberi Pinjaman Diluluskan SBLNT Lender/ Peminjam SBLNT diluluskan untuk membuat transaksi SBLNT;
    2. Wakil Peminjaman terdiri daripada broker tempatan atau bank Kustodian manakal wakil Peminjam dihadkan kepada kepada broker-broker tempatan;
    3. Kedua-dua wakil Peberi Pinjaman/Peminjam mestilah diluluskan oleh Bursa Clearing (S).

    Oleh yang demikian, bakal peserta SBLNT harus memastikan bahawa perantara tempatan telah mendapat kelulusan sebagai Wakil Pemberi Pinjaman/Peminjam sebelum mengemukakan permohonan untuk menjadi peserta SBLNT.

  2. Peniaga sekuriti asing atau pengurus dana asing kini layak memohon untuk menjadi Peminjam SBLNT Diluluskan dan permohonan boleh dihantar ke Bursa Clearing (S) melalui Wakil Peminjam mereka;

  3. Pemberi pinjaman SBLNT diluluskan tidak perlu menjadi pihak prinsipal kepada transaksi SBLNT. Oleh itu, Agen Pemberi Pinjamanan boleh mendaftar sebagai Pemberi Pinjaman Diluluskan SBLNT dan mengambil bahagian dalam SBLNT, tidak seperti Model SBL CLA di mana Pemberi Pinjaman mestilah menjadi pihak prinsipal;

  4. Format perjanjian antara Pemberi Pinjaman Diluluskan SBLNT Diluluskan dan Peminjam SBLNT Diluluskan tidak akan ditetapkan oleh Bursa Clearing (S) – kedua-dua pihak hanya perlu melaporkan transaksi apabila kedua-dua pihak perlu memindahkan sekuriti yang dipinjam. Walau bagaimanapun, perjanjian SBL hanya dianggap telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dibawah garis panduan SBL yang dikeluarkan oleh SC bagi menikmati pengecualian cukai di bawah Cukai Pendapatan (Pengecualian)(No30) Arahan 1995, sekiranya perjanjian SBL berkenaan meliputi perkara yang telah dinyatakan dalam peraturan Bursa Clearing (S);

  5. Peminjam SBLNT Diluluskan perlu memaklumkan kepada Bursa Clearing (S) akan tujuan pinjaman dan tujuan pinjaman yang dibenarkan adalah;

    1. penyelesaian bagi jualan singkat dikawal selia;
    2. penyelesaian bagi jaulan sekuriti berkaitan ETF oleh Pembuat Pasaran atau daripada aktiviti jualan singkat yang dibenarkan;
    3. untuk meminjamkan kembali sekuriti yang telah dipinjam;
  6. Peminjam SBLNT Diluluskan mestilah membuka satu akaun CDS yang ditetapkan bagi SBL untuk menyimpan sekuriti yang dipinjam dan untuk meneruskan pindahan keluar sekuriti yang dipinjam daraipada akaun ini dalah terhad kepada keadaan tertentu sahaja;

  7. Pergerakan sekuriti dipinjam adalah berdasarkan masa sebenar atas talaian pabila transaksi SBL telah dimulakan oleh Wakil Peminjam dan diterima oleh Wakil Pemberi Pinjaman;

  8. Bursa akan mengenakan caj Yuran Perantara bagi perkhidmatan yang diberikan. Ia adalah berdasarkan *0.04% (4 titik asas) setahun daripada jumlah baki pinjaman (berasaskan kepada harga penutup transaksi sekuriti) dengan minimum *RM200. Yuran ini mestilah ditanggung sepenuhnya oleh Wakil Peminjaman atau dikongsi secara sama rata antara Wakil Peminjaman dan Wakil Pemberi Pinjam contoh *2 titik asas setiap pihak;

  9. Pelarasan Tindakan Korporat adalah diuruskan di luar sistem SBLNT. Bursa tidak akan melakukan sebarang pelarasan kepada kuantiti pinjaman. Walau bagaimanapun, permohonan untuk pelarasan kuantiiti pinjaman disediakan dalam sistem SBLNT. Pemberi Pinjaman Diluluskan dan Peminjam SBLNT Diluluskan mestilah memberi arahan kepada wakil mereka untuk pelarasan Kuantiti Pinjaman;

  10. Tiada kemasukan cagaran dengan Bursa dan ini terpulang sepenuhnya antara Pemberi Pinjaman SBLNT dan Peminjam Duliluskan SBLNT dan dikendalikan di luar sistem SBLBT.

Pengenalan model baru ini bersama-sama dengan model SBL Bursa sedia ada bertujuan menjadikan pasaran SBL Malaysia lebih menarik kepada peserta.

*Bursa telah memperolehi kelulusan untuk memaparkan harga ekslusif Cukai Barangan dan Perkhidmatan ("GST") di bawah subseksyen 9 (&) Akta CUkai Barang dan Perkhidmatan 2014. Oleh itu, setiap yuran, caj atau jumlah yang perlu dibayar adalah ekslusif GST.

*6% GST akan dibayar ke atas semua yuran, caj atau jumlah yang perlu dibayar (kecuali jika dinyatakan sebaliknya oleh Bursa mengikut (Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014), dan akan dikenakan cas dalam invois cukai yang dikeluarkan berhubung dengan apa-apa yuran, caj atau jumlah yang perlu dibayar.