Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.

Pinjaman & Peminjaman Sekuriti (SBL)

Pinjaman dan Peminjaman Sekuriti (SBL) ialah kemudahan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia bagi membolehkan trasaksi pinjaman dan peminjaman dilaksanakan. Dua model yang ditawarkan ialah agen Agensi Peminjaman Pusat dan Transaksi Boleh Dirunding

Gambaran Keseluruhan

Agensi Peminjaman Pusat

Gambaran Keseluruhan

Di bawah rangka kerja ini, Bursa Clearing (S) akan bertindak sebagai Agensi Peminjaman Pusat (CLA), Bursa Clearing (S) dan membuat pinjaman daripada pemberi pinjaman dan seterusnya meminjamkan kembali kepada peminjam. Mana-mana pihak yang mempunyai bilangan saham yang mencukupi, boleh meminjamkan kepada CLA. Sebaliknya hanya organisasi yang mengambil bahagian, iaitu syarikat broker saham yang diluluskan sahaja yang layak untuk peminjam.

Pihak lain yang ingin meminjam saham mesti melalui organisasi yang mengambil bahagian (PO) yang diluluskan. Pemberi pinjaman dan peminjam mesti membuat perjanjian SSL,yang akan menyatakan hak-hak dan tanggungjawab kedua-dua belah pihak.

Manfaat yang boleh dicapai dengan pelaksanaan Bursa Clearing (S) sebagai CLA adalah seperti yang berikut:

  • Memberi jaminan transaksi SSL dipenuhi.
  • Menyediakan lokasi pusat bagi peminjam untuk mendapatkan maklumat berkenaan sekuriti yang tersedia untuk dipinjam.
  • Menguruskan risiko yang berkaitan dengan pinjaman.
  • Menyediakan lokasi pusat di mana semua maklumat mengenai dan peminjaman dan pemberian pinjaman saham boleh diperoleh.