Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Produk dan Perkhidmatan » KnowledgeCentre@Bursa

KnowledgeCentre@Bursa

KnowledgeCentre@Bursa ialah hab sehenti anda untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaburan pasaran modal. Jadilah ahli untuk menikmati akses kepada 15,000 buku, majalah, laporan tahunan dan banyak lagi - semua maklumat yang anda perlukan untuk memantapkan analisis penyelidikan, dagangan dan pelaburan anda.

KnowledgeCentre@Bursa

KnowledgeCentre@Bursa (KC) menyasarkan untuk menjadi hab pengetahuan pelaburan sehenti; Visi ini menggariskan komitmen ke arah penyediaan pengetahuan - terutamanya dalam pasaran modal dan subjek berkaitan.

Jadilah ahli KnowledgeCentre@Bursa sekarang dan anda akan menikmati akses kepada lebih daripada 15,000 tajuk buku, majalah tempatan, majalah asing, akhbar tempatan, akhbar asing, Laporan Tahunan dan Prospektus yang akan memperkasakan analisis penyelidikan,dagangan dan pelaburan anda.

Dengan kepelbagaian maklumat mengenai pelaburan dan kewangan, KnowledgeCentre@Bursa adalah sumber pendidikan untuk semua pelabur.

Manfaat Keahlian

  • Perkhidmatan
    1. Katalog Akses Awam dalam Talian (OPAC).
    2. Akses Internet dan WiFI percuma.
    3. Perkhidmatan Fotokopi disediakan (dengan bayaran).
  • Maklumat Terbaharu Melalui Emel
Ahli akan menerima cadangan ulasan buku untuk tajuk-tajuk terpilih.
  • Nikmati diskaun pembelian buku di MPH Bookstores selepas menjadi ahli MPH Readers' Circle pada hanya RM15.00 (kadar biasa: RM 20.00).
  • Kategori Keahlian dan Yuran

    Bursa Malaysia Berhad telah mendapatkan kelulusan untuk memaparkan harga tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST') di bawah subseksyen 9(7) Akta Barangan dan Perkhidmatan 2014. Sehubungan itu, setiap yuran, caj atau jumlah yang perlu dibayar kepada Bursa Malaysia Berhad tidak termasuk GST contoh harga yang patut dibayar tidak termasuk GST

    Kategori Keahlian dan Yuran Membership Categories and Fees
      Individual Corporate
    Annual Fees RM 100 RM 1000
    Booking deposit RM 200* RM 500*
    No. of books allowed per loan 2 books 5 books
    Book loan peroid (per book) 2 weeks 5 weeks

    GST 6% dikenakan ke atas semua yuran, caj atau jumlah yang mesti dibayar (melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Bursa Malaysia Berhad selaras dengan Akta Barangan dan Perkhidmatan 2014), dan akan dibilkan dalam invois cukai yang dikeluarkan berkaitan yuran, caj atau jumlah yang harus dibayar.

    * Tidak dikenakan GST

Muat turun dan hantar borang keahlian yang lengkap melalui emel atau faks kepada KnowledgeCentre@Bursa.

Corporate Membership
184
KB (PDF)
Individual Membership
182
KB (PDF)

Waktu Buka

Isnin -Jumaat : 9.15am - 5.00pm
(Kami tutup pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Hubungi Kami

(603) 2034 7481
(603) 2026 3697
knowledgecentre@bursamalaysia.com