Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.

Penjualan & Pembelian Sekuriti Islam - Transaksi Terunding (ISSBNT)

 

Tinjauan

Rangka Kerja Operasi Tinjauan

Tinjauan

Model Penjualan dan Pembelian Sekuriti Islam – Transaksi Terunding ("ISSBNT") merupakan alternatif patuh Syariah kepada kaedah konvensional, iaitu Model Peminjaman dan Pinjaman Sekuriti - Transaksi Terunding ("SBLNT"). Model ISSBNT disusun berdasarkan dua transaksi bai` (jualan) yang merangkumi ciri wa`dan (dua janji / usaha unilateral), khiyar al-shart (pilihan bersyarat) dan pemberian cagaran sebagai jaminan untuk keberhutangan. Butiran ciri-ciri ini dijelaskan dalam Pekeliling ISSBNT NO. 1/2017 dan Soalan Lazim.

Rangka kerja ISSBNT diperkenalkan oleh Bursa Malaysia Berhad ("Bursa") bagi pihak-pihak untuk menjalankan transaksi yang menterjemahkan hasil yang setara dengan transaksi peminjaman dan pinjaman sekuriti konvensional tetapi disusun berdasarkan prinsip-prinsip Syariah.

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memutuskan pada 26 Februari 2015 bahawa Model ISSBNT dibenarkan (Ruj: Resolusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2016, halaman 27, yang boleh dimuat turun di https://www.sc.com.my/wp-content/uploads/eng/html/icm/Resolution_SAC_%202016.pdf.