Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Produk dan Perkhidmatan » Sistem Depositori Pusat (CDS) » Permohonan Terbitan Hak Secara Elektronik

Sistem Depositori Pusat (CDS)

Penyata akaun gabungan Sistem Depositori Pusat(CDS) adalah kemudahan untuk pendeposit yang mempunyai lebih daripada satu akaun CDS. Menerusi fasiliti ini, pendeposit akan menerima butiran semua transaksi CDS dalam satu penyata, melancarkan pengurusan sekuriti yang dipegang dalam akaun berbeza.

Permohonan Terbitan Hak Secara Elektronik

Permohonan Terbitan Hak Secara Elektronik

Soalan Lazim

eRights
90.8 KB (PDF)

Apakah yang dimaksudkan Permohonan Terbitan hak secara elektronik?

Permohonan Terbitan hak secara elektronik ialah perkhidmatan yang membolehkan pemegang saham individu melanggan terbitan hak menerusi kemudahan mesin ATM dan perbankan internet milik bank-bank yang mengambil bahagian, sama seperti permohonan IPO elektronik menerusi Permohonan Saham Elektronik (ESA).

Untuk memenuhi keperluan syarikat, perkhidmatan elektronik Langganan Hak Nomini(NRS) membolehkan penama syarikat melanggan terbitan hak melalui pautan dengan infrastruktur eFIX Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd.

eRights menawarkan kemudahan dan kelancaran kepada pelabur apabila melanggan terbitan hak.

Aliran Proses

Process Flow for Rights Subscription via eRights

Process Flow for Nominees Rights Subscription

 

Apakah manfaat eRights?

  1. Satu penyelesaian sehenti untuk permohonan dan pembayaran Sekuriti Hak.
  2. Anda tidak lagi perlu mengepos atau membuat penghantaran terus Borang Langganan Hak kepada penerbit saham/pendaftar saham. Butiran langganan Sekuriti Hak anda akan dihantar terus secara elektronik kepada penerbit saham/pendaftar saham.
  3. Anda tidak lagi perlu ke bank untuk membeli draf bank atau ke pejabat pos untuk membeli setem hasil. Pembayaran langganan dan duti setem hasil dibayar terus kepada penerbit saham/pendaftar saham dengan mendebit akaun bank anda
  4. Tiada risiko permohonan Sekuriti Hak anda hilang dalam pos atau terlewat akibat gangguan perkhidmatan pos atau penghantaran.
  5. Jika terdapat bayaran balik, wang tuntutan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang sama dengan apa yang anda gunakan untuk memohon saham. Oleh itu isu-isu berkenaan dengan lambat menerima cek bayaran balik atau cek bayaran balik hilang semasa penghantaran semasa pos yang merupakan masalah-masalah yang lalu.

Bagaimana untuk memohon/melanggan Terbitan hak secara elektronik?

Apa yang anda perlukan hanyalah kad ATM bank yang sah dari bank-bank yang mengambil bahagian untuk membolehkan anda memohon atau melanggan sekuriti terbitan hak menerusi mesin ATM atau menerusi perbankan secara internet yang disediakan.