Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Produk dan Perkhidmatan » Sistem Depositori Pusat (CDS) » Penyata dan Notis CDS Elektronik (e-Penyata)

Sistem Depositori Pusat (CDS)

Penyata akaun gabungan Sistem Depositori Pusat(CDS) adalah kemudahan untuk pendeposit yang mempunyai lebih daripada satu akaun CDS. Menerusi fasiliti ini, pendeposit akan menerima butiran semua transaksi CDS dalam satu penyata, melancarkan pengurusan sekuriti yang dipegang dalam akaun berbeza.

Penyata dan Notis CDS Elektronik (e-Penyata)

Penyata dan Notis CDS Elektronik (e-Penyata)

e-Penyata merupakan satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (Bursa Depository) bagi membolehkan pemegang akaun CDS menerima penyata akaun CDS, notis CDS dan lain-lain komunikasi daripada Bursa Depositori secara elektronik menerusi emel daripada menerima dokumen-dokumen ini melalui kiriman pos.

Dengan e-Penyata, pendeposit boleh menikmati faedah-faedah berikut;

Anda boleh mendaftar untuk e-Penyata dengan memberikan alamat emel kepada sama ada Agen Depositori Bertauliah (ADA), iaitu pejabat syarikat broker saham di mana akaun CDS anda diselenggarakan, atau dalam talian menerusi laman web Bursa Malaysia Berhad.

Apabila mendaftar untuk e-Penyata dengan memberikan alamat emel menerusi laman web Bursa Malaysia Berhad, anda perlu memasukkan frasa kekunci yang akan terkandung di dalam semua penyata akaun atau notis CDS yang anda terima selepas 9 Disember 2013. Bagi pendaftaran untuk e-Penyata dengan cara ini, klik Permohonan untuk e-Penyata.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai e-Penyata, sila lihat Soalan Lazim (FAQ).

Sila ambil perhatian bahawa pilihan untuk memberikan alamat e-mel untuk e-Penyata menerusi laman web Bursa Malaysia Berhad HANYA untuk pemegang akaun individu. Pemegang akaun korporat perlu memberikan alamat e-mel melalui ADA yang menyelenggarakan akaun SOP mereka.

Bagi pertanyaan lain mengenai e-Penyata, sila hubungi bahagian Operasi Depositori di 03-2034 7000 atau sila hantar pertanyaan anda melaluPusat Bantuan kami.