Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Produk dan Perkhidmatan » Sistem Depositori Pusat (CDS) » Penyatuan Alamat E-mel Penyimpan dalam CDS

Sistem Depositori Pusat (CDS)

Penyata akaun gabungan Sistem Depositori Pusat(CDS) adalah kemudahan untuk pendeposit yang mempunyai lebih daripada satu akaun CDS. Menerusi fasiliti ini, pendeposit akan menerima butiran semua transaksi CDS dalam satu penyata, melancarkan pengurusan sekuriti yang dipegang dalam akaun berbeza.

Penyatuan Alamat E-mel Penyimpan dalam CDS

Penyatuan Alamat E-mel Penyimpan dalam CDS

Related Links


eFAQs on eServices
297 KB (PDF)

Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd. (Bursa Depository) pada 7 Ogos 2015 telah mengemas kini alamat e-mel pendeposit dalam Sistem Depositori Pusat (CDS) yang disenggarakan oleh Bursa Depository. Pendeposit kini mempunyai satu alamat e-mel sahaja bagi semua notifikasi elektronik daripada Bursa Depository yang berkaitan dengan sekuriti deposit pendeposit. Ini dapat mengurangkan kekeliruan dan kesukaran pendeposit apabila menerima notifikasi elektronik melalui alamat e-mel yang berbeza, dan ini akan membantu memantau semua komunikasi elektronik dengan lebih baik yang berkaitan dengan sekuriti deposit melalui satu alamat e-mel yang disenggarakan oleh Bursa Depositoty.

Notifikasi elektronik terutamanya melibatkan penyata akaun CDS, notis CDS dan sebarang komunikasi lain daripada Bursa Depository berhubung dengan saham yang dipegang dalam akaun CDS pendeposit. Pada masa kini, penerbit disenaraikan juga menghantar notifikasi e-mel tentang kredit bayaran dividen kepada pendeposit yang memberikan alamat e-mel mereka kepada Bursa Depository.

Sebagai sebahagian daripada tugas mengemas kini pendeposit yang telah memberikan alamat e-mel mereka bagi tujuan untuk menerima notifikasi elektronik tentang dividen yang dibayar, juga akan menerima penyata akaun CDS mereka, notis CDS dan komunikasi lain daripada Bursa Depository secara elektronik melalui alamat e-mel tersebut. Selain itu, notifikasi elektronik tersebut juga memasukkan komunikasi daripada penerbit disenaraikan atau Organisasi Sertaan, iaitu syarikat pembrokeran saham apabila perkhidmatan tersebut disediakan.

Sehubungan dengan itu, Bursa Depository akan berhubung dengan semua pendeposit yang terlibat melalui e-mel satu (1) bulan terdahulu sehingga 7 Ogos 2015 dengan mengeluarkan e-mel yang memaklumkan pendeposit yang terlibat tentang pelaksanaan pengemaskinian alamat e-mel mereka dalam CDS dan mana-mana perluasan perkhidmatan notifikasi elektronik boleh digunakan. E-mel yang sama akan dihantar semula kepada pendeposit yang sama dalam masa seminggu sebagai susulan daripada e-mel pertama.

Berikut ialah pendekatan yang diambil dalam memilih alamat e-mel semasa pengemaskinian alamat e-mel pendeposit dalam CDS:-

SebelumSelepas
Alamat E-mel e-DividenAlamat E-mel e-PenyataAlamat E-mel Terpilih
Ya Ya Alamat E-mel e-Penyata
Ya Tidak Alamat E-mel e-Dividen
Tidak Ya Alamat E-mel e-Penyata

Pendeposit yang tidak mahu menerima notifikasi elektronik daripada Bursa Depository, penerbit disenaraikan atau Organisasi Sertaan seperti yang dinyatakan di atas (termasuk notifikasi e-Dividen) boleh memohon alamat e-mel mereka dikeluarkan daripada rekod Bursa Depository dan permohonan tersebut hendaklah dibuat melalui Borang e-Perkhidmatan yang lengkap dan tepat pada masanya dan diserahkan kepada Ejen Depositori Dibenarkan, iaitu syarikat pembrokeran saham tempat akaun CDS mereka disenggarakan. Sila rujuk prosedur untuk memohon dikeluarkan alamat e-mel seperti yang dinyatakan di bawah.

Jika Bursa Depository tidak menerima permohonan pendeposit untuk mengeluarkan alamat e-mel pendeposit itu daripada rekod Bursa Depository, pendeposit tersebut dianggap bersetuju dengan pendedahan butiran hubungan pendeposit kepada pihak berkenaan, iaitu penerbit disenaraikan dan PO untuk memudahkan penghantaran komunikasi elektronik dan notis yang dinyatakan sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim e-Perkhidmatan

Langkah-langkah bagi pendeposit untuk mengeluarkan alamat e-mel mereka:

  1. Lengkapkan Borang e-Perkhidmatan dengan menandakan “Keluarkan alamat e-mel”/ "Hapuskan alamat e-mel" pada borang.
    Nota: Satu salinan borang e-Perkhidmatan boleh diperoleh daripada laman web Bursa Malaysia Berhad di http://www.bursamalaysia.com/bm/market/products-services/central-depository-system-cds/cds-forms/ dan juga daripada Ejen Depositori Dibenarkan/syarikat pembrokeran saham tempat akaun CDS anda disenggarakan.
  2. Serahkan borang e-Perkhidmatan yang lengkap dan tepat pada masanya kepada Ejen Depositori Dibenarkan anda.
  3. Satu salinan pemakluman tentang borang e-Perkhidmatan akan dikembalikan kepada anda oleh Ejen Depositori Dibenarkan anda.
  4. Disebabkan penghapusan alamat e-mel anda dalam akaun CDS anda, anda tidak akan menerima penyata elektronik CDS, notis CDS dan notifikasi e-mel atas bayaran dividen daripada penerbit anda. Penyata CDS dan notis CDS anda akan dihantar kepada anda melalui pos biasa.
  5. Apabila anda bercadang untuk kembali menerima penyata dan notifikasi elektronik CDS, anda perlu melengkapkan Borang e-Perkhidmatan dengan alamat e-mel anda dan menyerahkan borang itu kepada Ejen Depositori Dibenarkan anda atau jika tidak anda boleh mendaftar e-Penyata melalui laman web Bursa Malaysia Berhad di www.bursamalaysia.com dengan memberikan alamat e-mel anda.