Bursa Malaysia

English | Bahasa Malaysia | 简体中文

Semat Menu

Klik disini untuk tidak semat menu.
Anda di sini: Pasaran » Laman Utama » Produk dan Perkhidmatan

Produk dan Perkhidmatan

Bursa Malaysia mengendalikan bursa berintegrasi sepenuhnya yang menawarkan senarai produk yang komprehensif termasuk Ekuiti, Derivatif, Luar Pesisir dan Patuh Syariah, serta perkhidmatan berkaitan bursa seperti perdagangan, penjelasan, penyelesaian dan depositori.

Produk dan Perkhidmatan

Produk

Sekuriti

SecuritiesMenawarkan pelbagai jenis peluang pelaburan daripada sejumlah 15 sektor.

Derivatif

DerivativesMenawarkan kontrak hadapan dan opsyen pada platform dagangan antarabangsa yang selamat.

Pasaran Islam

Islamic MarketsMenawarkan peluang pelaburan 'halal' kepada orang ramai.

Bon

BondsMenawarkan peluang pelaburan lebih selamat dalam sekuriti hutang.

Indeks

IndicesMenyediakan pelabur dengan data bagi mengukur prestasi pasaran tempatan dan serantau.

LFX

Labuan International Financial ExchangeLabuan International Financial Exchange (LFX) menawarkan senarai instrumen kewangan dalam Dolar Amerika.


Maklumat Produk

Menawarkan pelbagai jenis produk data pasaran tentang sekuriti, derivatif dan bon.

Servis

KnowledgeCentre@Bursa

KnowledgeCentre@Bursa merupakan hab pengetahuan pelaburan sehenti anda untuk pasaran modal. Jadilah ahli untuk menikmati 16,000 tajuk, majalah, laporan tahunan dan banyak lagi - semua maklumat yang diperlukan untuk penyelidikan, dagangan dan analisis pelaburan.

Sistem Depositori Pusat (CDS)

Pelabur yang ingin berdagang dalam sekuriti didagang di Bursa Malaysia mesti membuka akaun CDS (Sistem Depositori Pusat) dengan Agen Depositori Dibenarkan (ADA), Contoh: Syarikat broker saham. Sekuriti yang dibeli akan dikreditkan ke dalam akaun CDS yang dibuka pelabur. Sama juga untuk sekuriti yang dijual, sekuriti ini akan didebitkan daripada akaun CDS.

Penyata Disatukan

Penyata Akaun Disatukan Sistem Depositori Pusat (CDS) ialah kemudahan bagi pendeposit yang memegang berbilang akaun CDS. Melalui kemudahan ini, pendeposit akan menerima maklumat daripada semua urus niaga CDS dalam satu penyata bagi membolehkan pengurusan lebih mudah dan penyesuaian sekuriti dalam akaun yang berbeza.

Sekuriti Pinjaman dan Pemberian Pinjaman (SBL)

Sekuriti Pinjaman dan Pemberian Pinjaman (SBL) ialah kemudahan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia bagi membolehkan peminjaman dan pemberian pinjaman sekuriti. Dua model SSL yang ditawarkan ialah Central Lending Agency dan Negotiated Transaction Agency.

Pasaran Teknologi Dagangan

Bursa Malaysia menyediakan ruang bagi perkhidmatan teknologi yang berkaitan dengan perdagangan. Perkhidmatan yang disediakan termasuk ABursa Direct Access, suatu kemudahan antara muka terbuka yang diberikan kepada organisasi yang mengambil bahagian, dan hos lokasi-bersama.

Risalah

Muat turun risalah ini untuk pemahaman lanjut tentang Produk dan Perkhidmatan Bursa Malaysia.

Consolidated Products eBrochure
English
2 MB (PDF)